Floating Icon
18 APR 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 274 LIHAT 57 BERKONGSI

Amway Meraih Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2023 untuk Tahun ke-14 Berturut-turut

frost_&_sullivan-750(BM).jpg


Usaha Amway yang berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam teknologi air bersih sekali lagi telah diiktiraf melalui Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & 2023. Ini menjadikan tahun ke-14 berturut-turut Amway diberikan penghormatan kerana mempamerkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi, kemampanan dan kepuasan pelanggan di seluruh dunia.

Dengan berlandaskan legasi kejayaannya yang kukuh untuk berkembang, Amway terus mentakrif semula standard industri dengan Sistem Rawatan Air eSpring yang terunggul. Pengiktirafan daripada Frost & Sullivan ini menggariskan strategi pertumbuhan luar biasa syarikat, dedikasi terhadap inovasi yang mementingkan pelanggan dan mengekalkan kepimpinan dalam persekitaran bersaingan.

Frost_&_Sullivan_750-01.jpg


Dipercayai oleh ramai orang, eSpring merawat sehingga 5,000 liter air dan boleh digunakan selama setahun sebelum penukaran penuras, bergantung pada penggunaan dan kualiti air. eSpring menggunakan Penuras Karbon yang menyingkirkan lebih daripada 140 bendasing dengan berkesan namun masihmengekalkan mineral bermanfaat sepertil kalsium dan magnesium. Selain itu, lampu ultraungu (UV) sistem ini dapat menghapuskan sehingga 99.99% bakteria dan virus dalam air minum.

Frost_&_Sullivan_750-02.jpg


FTambahan pula, teknologi termaju eSpring telah diperakui oleh NSF untuk Standard Antarabangsa 55 bagi pengurangan mikrob Kelas B bersama-sama Standard 42, 53 dan 401 iaitu semua standard kualiti air yang diiktiraf di perangkat antarabangsa.

“Amway memahami intipati peluang inovasi dan strategi bersaingan serta menerajui pasaran dengan strategi rawatan air di rumah tertumpunya yang dapat membantu mengatasi pesaing. Amway menawarkan portfolio rawatan air di rumah yang terkemuka industri dengan meletakkan klien sebagai teras misinya,” kata Maksym Beznosiuk, penganalisis penyelidikan amalan terbaik di Frost & Sullivan.

Sistem Rawatan Air dan Kartrij eSpring


Di tengah-tengah sistem eSpring terletak gabungan teknologi penurasan dan penulenan termaju yang direka bentuk untuk membekalkan air minum yang bersih, selamat dan termineral yang lazat. Amway memastikan bahawa sistem eSpring kekal berada di barisan depan inovasi, memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang dalam Rantau Asia Pasifik dan seterusnya dengan menumpukan pada penambahbaikan berterusan.

Salah satu daripada ciri tersendiri yang utama sistem eSpring ialah keupayaan menyingkirkan pelbagai bahan cemar, termasuk racun perosak, bahan kimia industri dan patogen mikrob, sambil mengekalkan mineral penting seperti kalsium dan magnesium untuk kesihatan optimum. Proses penurasan yang menyeluruh ini dilengkapi dengan komitmen Amway terhadap kemampanan, dengan setiap unit eSpring mengurangkan kesan alam sekitar yang dikaitkan dengan botol plastik sekali guna dengan ketara.

Selain kehebatan teknologinya, Amway membezakan dirinya melalui dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan. Malahan syarikat secara berterusan memperhalus tawaran produk dan keupayaan perkhidmatannya, memastikan pengalaman luar biasa bagi setiap pengguna eSpring yang bijak dengan memanfaatkan wawasan dan maklum balas pasaran.

Amway kekal teguh dengan komitmennya untuk memacu perubahan positif melalui inovasi yang berani, kemampanan dan tanggung jawab sosial dengan berfikiran ke hadapan. Sememangnya, Sistem Rawatan Air eSpring merupakan bukti legasi kepimpinan yang penuh inspirasi dan kecemerlangan luar biasa Amway yang lama bertahan dalam usaha mendapatkan air minum termineral yang bersih untuk semua.

Ketahui lebih lanjut tentang  Sistem Rawatan Air eSpring di Amway.my