Floating Icon
16 AUG 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1716 LIHAT 69 BERKONGSI

Asid Folik – Adi Wira Kehamilan yang Anda Perlukan

Tahniah! Sama ada anda berfikir untuk memiliki anak atau bakal menyambut kelahiran anak, itu berita yang amat dinanti-nantikan. Sebagai bakal ibu bapa, anda ingin melakukan yang terbaik untuk menjaga si kecil anda. Namun, tahukah anda bahawa menjaga diri anda juga sama pentingnya?

Apabila ibu sihat, bayi mereka juga membesar dengan kuat dan sihat di dalam rahim. Itulah sebabnya penting bagi ibu mengandung untuk memastikan yang mereka mengambil nutrien dan vitamin yang mencukupi untuk diri sendiri dan bayi mereka.

Salah satu vitamin yang paling penting untuk perkembangan janin yang sihat ialah asid folik. Mari selami lebih mendalam mengapa pengambilan asid folik yang mencukupi sangat penting untuk ibu hamil.


Apakah itu Asid Folik?

Asid folik ialah folat dalam bentuk sintetik yang larut dalam air, sejenis Vitamin B. Ia vitamin yang penting untuk semua orang – bukan hanya ibu hamil kerana ia berperanan dalam penghasilan sel darah merah dan perkembangan janin, kanak-kanak, dan badan manusia dewasa yang sempurna.

It is important for pregnant mums to consume enough nutrients and vitamins for themselves and their babies


Apakah manfaat Asid Folik?

Manfaat asid folik sangat luas dengan dua yang paling penting ialah peranannya dalam meminimumkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub saraf pada janin.

Spina bifida ialah keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi tidak terbentuk dengan sempurna. Sementara itu, kecacatan tiub saraf berlaku apabila perkembangan tiub saraf janin terjejas, menyebabkan keadaan akut seperti kelumpuhan dan hilang kawalan pundi kencing setelah bayi dilahirkan. Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil suplemen asid folik setiap hari sebanyak 400 - 600 mikrogram boleh membantu mengurangkan risiko bayi mengalami spina bifida dan kecacatan lahir yang serupa hingga 70%.

Selain itu, bagi ibu, pengambilan asid folik yang mencukupi boleh menyumbang dalam mengurangkan risiko keguguran.


Asid Folik kedengaran luar biasa! Adakah ia mempunyai sebarang kelemahan?

Seperti kebanyakan perkara dalam hidup, terlalu banyak perkara baik boleh membawa keburukan. Walaupun kadar folat yang rendah dalam darah boleh menyebabkan isu kesihatan dan risiko kecacatan lahir, tahap folat yang berlebihan juga boleh membawa masalah.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak asid folik (lebih daripada 1,000 mcg asid folik setiap hari) ketika hamil boleh menyebabkan peningkatan daya rintangan insulin dan perkembangan otak yang lebih perlahan pada kanak-kanak setelah dilahirkan. Selanjutnya, kadar folat yang tinggi dalam darah juga dikaitkan dengan kemerosotan mental berkaitan usia yang lebih cepat kepada orang dewasa.

Itulah sebabnya, sebelum mengambil suplemen asid folik, seelok-eloknya periksa dengan doktor anda tentang dos asid folik yang terbaik untuk kesihatan anda dan bayi anda.

Recommended for to-be mums to consume at least 400mg folic acid per day from 12 weeks before you become pregnant


Di manakah saya boleh mendapatkan Asid Folik?

Dalam bentuk semula jadinya, folat tersedia dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan sitrus. Selain itu, banyak bijirin, pasta dan tepung yang diperkuat dengan asid folik pada hari ini.

Namun begitu, ibu hamil disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik setiap hari dari 12 minggu sebelum anda hamil. Jadi, walaupun anda boleh mengambil asid folik melalui diet, anda tidak boleh menjamin yang anda mengambil asid folik yang mencukupi daripada makanan semata-mata. Itulah sebabnya anda mungkin perlu mengambil suplemen asid folik.

Nutrilite Iron Folic Acid


Nutrilite Iron Folic – Suplemen Kehamilan Anda

Nutrilite Iron Folic menawarkan dua manfaat yang memastikan anda memenuhi keperluan zat besi dan asid folik harian anda. Setiap tablet mengandungi 0.133 mcg asid folik dan 10mg ferus fumarat dan ferus glukonat, dua bentuk zat besi yang boleh diterima dengan baik. Sesuai untuk ibu hamil dan mereka yang mengalami anemia zat besi atau kekurangan asid folik, suplemen ini juga menawarkan manfaat fitonutrien tumbuhan dengan pekatan bayam Nutrilite.

Dapatkan Nutrilite Iron Folic anda hari ini!

Rujukan: