Floating Icon
28 NOV 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 871 LIHAT 10 BERKONGSI

Aktiviti Luar yang Menyeronokkan dan Lebih Baik Daripada Berada di Rumah

Memang mudah untuk leka dengan kerja suruhan dan tugas rumah pada hari cuti anda (banyaknya kain cucian!) dan lebih mudah untuk rasa hendak melepak di depan TV dan menjadikannya cuti inap tetapi kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa di luar boleh membantu masalah kemurungan, menurunkan tekanan darah serta menambah baik kesihatan dan kebahagiaan anda.

Apabila anda mendapat cuti selepas ini, tahan keinginan untuk menghabiskan masa terperap di rumah dan keluar menikmati alam semula jadi. Perlukan beberapa cadangan? Kami telah memilih tujuh aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan sendiri atau bersama anak-anak anda untuk memanfaatkan sepenuhnya susasana luar yang hebat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Jadi, tukar masa skrin anda dengan pelindung suria dan melangkah ke luar untuk mencuba salah satu aktiviti luar yang menyeronokkan di bawah — biarkan dahulu kain cucian itu.


Go_on_a_hiking_adventure.jpg

1. Lakukan kembara jalan kaki: Ini aktiviti luar klasik yang bagus untuk semua kumpulan umur. Sediakan beg yang penuh dengan keperluan seperti snek berkhasiat, minuman yang menghidratkan (cuba Minuman Tenaga XS) dan sepasang kasut yang selesa kemudian mulakan pengembaraan petang. Terokai denai baru, cari hidupan liar tempatan dan rancang masa mengeratkan hubungan dengan mencari barang-barang terbuang untuk melibatkan kanak-kanak.


2. Berkhemah di rumah: Ubah taman anda menjadi tapak perkhemahan dengan bantuan beberapa keperluan perkhemahan: unggun api, khemah dan semua bekalan yang diperlukan untuk membuat marshmallow panggang. Jika anda tidak ada taman, pasang khemah di ruang tamu anda! Biarkan pintu atau tingkap balkoni terbuka untuk menghirup udara segar yang terasa seperti di luar. Perkara terbaik tentang perkhemahan di rumah? Anda masih boleh menggunakan bilik mandi di rumah untuk bersiap untuk tidur, jadi jangan lupa menggosok gigi anda dengan Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan GLISTER!


Get_gardening_with_the_family.jpg

3. Mula berkebun: Jika anda tiada ruang anda untuk tanaman di dalam rumah, mula menggali satu kawasan di halaman anda. Menanam bunga yang anda suka atau membina taman herba ialah antara cara untuk menjadikan kerja di halaman kurang membosankan tetapi menjadi aktiviti menyeronokkan yang boleh anda nikmati bersama anak-anak. Jangan lupa untuk melindungi kulit anda daripada matahari dengan menyapu

ARTISTRY_Phyto_UV_Protect_SPF50_PA_.jpg

ARTISTRY Phyto UV Protect SPF50+ PA++++ semasa anda berseronok.


Kickstart_a_powerful_day_with_Nutrilite_Soy_Protein_Drink_Mix.jpg

4. Lihat matahari terbenam atau matahari terbit: Jika anda biasanya tidak menghargai matahari terbit, bangun awal dan pandu ke kawasan tinggi yang indah untuk memulakan hari anda dengan cara yang terbaik. Lebih baik lagi, sediakan sebotol Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite dan bawa bersama untuk permulaan hari yang berkuasa. 

Bukan orang yang aktif pada waktu pagi? Keluar untuk melihat matahari terbenam. Tukar katil lipat anda menjadi tempat selesa yang penuh dengan selimut atau bawa beberapa kerusi lipat supaya selesa semasa anda melihat.


5. Pergi berkelah: Jangan risau jika anda tidak mempunyai bakul anyaman dan selimut corak dam merah putih. Apa yang anda perlukan untuk berkelah ialah sedikit sandwic, snek Vergold, minuman sejuk dan pastinya tempat berumput yang sesuai. Tetapi jika anda mengawal pengambilan kalori, sediakan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite yang menyihatkan supaya anda boleh fokus untuk menikmati aktiviti luar yang menyeronokkan bersama anak-anak anda.


Move_your_workout_outdoors_for_an_extra_dose_of_Vitamin_D.jpg

6. Bersenam di luar: Tinggalkan seketika basikal pegun dan sawat injak itu! Bawa senaman anda ke luar untuk memperoleh langkah dan juga vitamin D anda. Pergi berbasikal atau berjoging di bukit sambil melihat pemandangan yang anda tidak boleh lihat dari dalam gimnasium. 

Sebaik sahaja anda pulang ke rumah, bantu otot anda pulih lebih cepat dengan minuman kocak protein yang dibuat dengan

Help_your_muscles_remover_faster_with_XS_Mixed_Whey_Protein_With_Chocolate_Flavour.jpg

XS Mixed Whey Protein With Chocolate Flavour sebagai snek selepas bersenam.



Dengan semua idea aktiviti luar ini, anda tidak perlu lagi berpuas hati dengan cuti inap yang membosankan. Tetapi jangan tunggu sehingga hari cuti anda yang seterusnya. Hanya tambahkan beberapa aktiviti luar ini ke dalam rutin harian anda untuk mendapat manfaatnya – dan tidak kira apa yang anda mahu lakukan, pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial, kerap melakukan sanitasi dan sentiasa mematuhi SOP yang diarahkan kerajaan untuk aktiviti yang selamat dan menyeronokkan.