Floating Icon
15 NOV 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 721 LIHAT 31 BERKONGSI

Memastikan Diri Anda & Warga Tua yang Anda Sayangi Sihat – Lindungi KawKaw Bersama-sama

Perintah berkurung telah ditarik balik dan kadar vaksinasi terus meningkat! Ia adalah masa yang mengujakan untuk menyesuaikan diri kembali agar dapat berinteraksi dengan dunia luar sekali lagi tetapi itu tidak bermakna kesihatan anda harus dipandang enteng.

Hidup dengan virus COVID-19 dalam fasa endemik memang kedengaran menggerunkan tetapi itu tidak menjadikannya mustahil untuk menjalani kehidupan dengan cara 'norma baru'. Untuk memulakan sesuatu, rutin perlu diubah untuk memberikan perlindungan yang lebih baik daripada kuman dan bakteria supaya anda dapat melakukannya. Oleh itu, kami menggesa anda agar Lindungi KawKaw dengan Nutrilite. COVID-19 masih belum dapat ditewaskan lagi dan anda tidak seharusnya membiarkannya menewaskan anda!


Isu Keimunan yang Lazim Dalam Kalangan Dewasa Muda

Sesetengah daripada anda yang begitu sibuk mungkin sudah merasakan tanda-tanda sistem imun yang lemah. Hari yang padat dengan jadual yang penuh dengan mesyuarat dan tarikh akhir, ditambah dengan tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesejahteraan anda. Adakah anda:

Common immunity issues among adults.jpg

  • Mudah jatuh sakit?
  • Letih menjelang tengah hari?
  • Kerap mengalami akne/kulit berjerawat?
  • Mengalami masalah kuku rapuh dan rambut gugur?

Adakah mana-mana satu atau semua ini biasa didengari? Jika anda mendapati diri anda mengalami isu ini, anda berkemungkinan mengalami kekurangan nutrien dalam diet harian anda. Gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh kekurangan nutrien berikut dalam diet anda:

Eat balanced meals and take your supplements_2.jpg

Protein

    • Menggalakkan pertumbuhan otot serta menguatkan rambut, kulit dan kuku.
    • Membentuk sel darah merah dan putih, yang memperkuat keimunan dan memerangi penyakit.
    Vitamin C
    • Diperlukan untuk menyembuhkan kulit yang rosak.
    • Menggalakkan sintesis kolagen dan mencerahkan kulit wajah.
    Fitonutrien
    • Membantu badan berfungsi dengan lebih baik

    Dengan mesyuarat berturut-turut dalam satu hari, mungkin sukar untuk merancang pengambilan makanan yang sihat. Memesan makanan telah menjadi penyelamat bagi ramai orang, terutamanya orang dewasa muda yang mencari penyelesaian yang cepat dan mudah disebabkan jadual mereka yang sibuk. Makan secara sihat mungkin bukan pilihan yang ideal untuk semua tetapi memperkukuh diet anda dengan suplemen kesihatan dan vitamin pastinya boleh membantu!

    Tidak pasti di mana hendak bermula dengan suplemen anda? Cubalah Nutrilite!

    Nutrilite supplements for working adults_b.jpg


    Isu Keimunan yang Lazim Dalam Kalangan Warga Tua

    Warga tua turut digelar sebagai "warga emas dan sememangnya usia emas ini harus dihargai dan dikecapi tanpa rasa bimbang tentang jatuh sakit atau menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Walau bagaimanapun, apabila badan kita semakin tua, sistem imun kita juga turut sama menua. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan. Sistem pertahanan badan mula menurun dan penurunan sel imun boleh membawa kepada pelbagai penyakit jika ia dibiarkan dan tidak dipantau.

    Beberapa tanda sistem imun warga tua lemah boleh termasuk:

    Common immunity issues among the elderly.jpg

    • Tahap keradangan yang tinggi dalam badan
    • Kehilangan otot
    • Penghadaman dan penyerapan nutrien yang lemah
    • Selera makan berkurangan
    • Cenderung terdedah kepada jangkitan dan penyakit

    Walaupun sesetengah orang mungkin berfikir bahawa ini adalah kesan usia yang tidak dapat dielakkan, sebenarnya kemerosotan tahap kesihatan seseorang boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Simpan stok berikut untuk membantu warga tua yang anda sayangi menangani isu-isu ini:

    Eat balanced meals and take your supplements.jpg

    Echinacea

      • Memastikan sistem imun berfungsi dalam keadaan optimum.
      • Mencegah batuk dan selesema.
      • Seharusnya diambil hanya apabila perlu.
      Bawang putih
      • Sifat antiradang.
      • Bahan aktif alisin menggalakkan sistem imun.
      Vitamin C
      • Meningkatkan keimunan yang perlahan.
      • Menggalakkan penghasilan sel darah putih untuk melawan jangkitan dan penyakit.
      Protein
      • Meningkatkan tahap tenaga.
      • Menggalakkan pertumbuhan otot dan meningkatkan pengekalan kekuatan otot.
      • Mengekalkan jisim tulang dan membantu memulihkan dan mengekalkan kesihatan badan.
      Probiotik
      • Melindungi sistem imun daripada bakteria dan kuman
      • Menyeimbangkan flora usus dan bakteria yang sihat lagi semula jadi untuk mengelakkan sembelit dan menggalakkan pembuangan air besar yang lebih sihat.

      sendi. Ketumpatan tulang semakin merosot apabila badan semakin tua dan menyebabkan ia terdedah kepada kecederaan serius.

      Nutrilite supplements for the elderly_b.jpg

      Kita masih belum menang! Sentiasa berwaspada tentang kesihatan dan sistem imun anda bermakna memastikan orang yang anda sayangi selamat. Pastikan anda menyemak produk kami yang lain di Amway.my.