Floating Icon
02 NOV 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 1999 LIHAT 209 BERKONGSI

Adakah Minum Minuman Kocak Pengganti Sajian Baik untuk Kesihatan?

Ada banyak pendapat berbeza tentang sama ada minuman kocak pengganti sajian baik untuk tubuh. Minuman kocak pengganti sajian kadangkala mempunyai reputasi buruk sebagai hanya sekadar gula proses yang canggih. Namun begitu, itu hanya sekadar mitos.

Jadi, apakah kebenarannya? Adakah minuman kocak pengganti sajian baik untuk anda?

Biar kami jelaskan kepada anda


Mengapakah minuman kocak pengganti sajian begitu popular?

    Minuman kocak pengganti sajian yang baik dan lengkap harus membekalkan nutrisi yang anda akan peroleh daripada sajian penuh. Kebanyakan minuman kocak didatangkan dalam bentuk serbuk atau cecair dan antara 200 hingga 400 kalori setiap hidangan.

    Don

    Apabila kehidupan semakin sibuk dan masa semakin berharga, minuman kocak pengganti sajian ialah penyelesaian mudah yang sesuai untuk mereka yang sibuk sepanjang hari. Tiada masa untuk sarapan pagi? Ambil minuman kocak dalam perjalanan ke tempat kerja! Bekerja pada waktu makan tengah hari? Ambil minuman kocak!


    Apakah yang ada di dalam minuman kocak pengganti sajian?

      Nutrien! Minuman kocak pengganti sajian padat dengan semua nutrien yang diperlukan tubuh anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari anda. Oleh sebab minuman kocak pengganti sajian sebahagian besarnya diperbuat daripada protein, sama ada berasaskan susu atau soya, ia memfokus pada mengambil kira pengambilan kalori anda.

      High protein content in meal replacement shakes aids in weight loss.jpg

      Kandungan protein yang tinggi ini membantu penurunan berat badan kerana diet tinggi protein telah ditunjukkan boleh menambah baik perkembangan jisim otot tanpa lemak, menggalakkan kehilangan lemak tubuh dan membantu mengurangkan turun naik berat badan.


      Bukankah minuman kocak pengganti sajian menjadikan saya gemuk?

        Bertentangan dengan kepercayaan popular, minuman kocak pengganti sajian menggalakkan penurunan berat badan! Suplemen protein wei membekalkan keperluan protein kepada individu aktif dengan regimen senaman untuk memberikan sokongan dalam pemulihan dan perkembangan otot.

        Contains plant-based protein that supports muscle restoration and development.jpg

        Namun begitu, minuman kocak pengganti sajian memfokus pada membekalkan nutrisi rendah karbohidrat dan tinggi protein untuk merangsang metabolisme anda. Selain itu, minuman kocak pengganti sajian yang mengandungi protein berasaskan tumbuhan akan membekalkan kedua-dua protein yang diperlukan oleh tubuh anda dalam kalori yang lebih rendah dan juga berfungsi lebih baik untuk kesihatan keseluruhan anda.


        Minuman kocak pengganti sajian manakah yang terbaik?

          Memilih minuman kocak pengganti sajian yang sesuai untuk anda ialah penyelesaian subjektif. Tubuh dan kebolehan metabolik setiap orang adalah unik seperti personaliti masing-masing dan minuman kocak yang berbeza berfungsi untuk orang yang berbeza. Beberapa petunjuk yang boleh membantu anda memilih ialah (a) nisbah nutrien dan (b) pensijilan ujian dan kualiti.

          • Nisbah nutrien: pengganti sajian yang baik harus mempunyai sekurang-kurangnya 33% nilai vitamin dan mineral harian anda yang diperlukan. Ini termasuk sekurang-kurangnya 15g protein dan 3g serat setiap hidangan dan juga rendah gula tanpa sebarang pemanis atau perasa tiruan.
          • Pensijilan ujian dan kualiti: baca label untuk bahan bukan GMO dan amalan ini – Makanan Berkualiti Selamat (SQF), Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pendaftaran Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) dan Diperakui Yayasan Sanitasi Kebangsaan (NSF).


          Berikan peluang kepada Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite?

          BodyKey Meal Replacement Shakes.jpg

          Sebagai minuman kocak pengganti sajian protein soya berasaskan tumbuhan, minuman kocak ini merupakan penyelesaian yang hebat untuk ibu bapa yang sibuk, orang dewasa yang terkejar-kejar dan orang yang ingin mengimbangi berat badan mereka. Dengan 17g protein dalam setiap hidangan, anda boleh mendapatkan semua keperluan protein tubuh tanpa risiko kepekaan laktosa atau tak tolerans gluten.


          Give the BodyKey Meal Replacement Shakes a chance_B.jpg

          Ingin tahu lebih lanjut tentang Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey? Semak di sini di laman web kami.