Floating Icon
28 OCT 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 771 LIHAT 15 BERKONGSI

Pembersihan Jumaat Malam: Aktiviti Baru Yang Harus Dilakukan

Make_Cleaning_Cool_With_Friday_Night_Cleaning.jpg

Ini Jumaat malam dan anda tahu maksudnya: Ini masa yang sangat sesuai untuk membersih!

Nanti dulu, apa? Jangan berhenti membaca! Beri peluang kepada idea ini dan kami pasti anda akan bersetuju: Jumaat Malam anda tidak akan sama lagi.


Mengapa bersih pada Jumaat malam?

Anda mungkin baru habis bekerja seminggu penuh. Mengapa anda mahu bekerja lagi? Kerana selepas itu anda boleh benar-benar menikmati hujung minggu anda.

Anda boleh baring di atas katil lebih lama pada Sabtu pagi sambil tersenyum kerana anda tahu apabila anda bangun, rumah anda tenang dan bersih. Jika anda menukar cadar pada Jumaat malam, kebahagiaan baring di atas katil mungkin memberi anda satu lagi sebab untuk tersenyum.

Menyelesaikan kerja rumah bermakna anda boleh keluar tanpa rasa bersalah kerana memikirkan tentang tugas rumah tangga. Atau anda boleh duduk di rumah dan menikmati persekitaran anda tanpa dikelilingi oleh senarai tugas yang tidak pernah habis.


Ia tidak perlu mengambil masa sepanjang malam

Salah satu cara untuk memulakan trend pembersihan pada Jumaat malam adalah dengan bermula sedikit-sedikit, lakukan 30 hingga 45 minit sahaja. Memulakan hujung minggu anda dengan aura pencapaian itu akan memulakan perkara dengan baik! Apa yang anda boleh selesaikan dalam jangka masa tersebut? Agak banyak jika anda benar-benar fokus.

Berikut ialah beberapa tugas yang mengambil masa lima minit atau kurang: Bersihkan pasir kumbahan kucing. Buang sampah. Kosongkan tangga daripada barang-barang yang perlu dibawa naik atau turun. Bersihkan juga cap jari pada bingkai pintu, tombol pintu dan kawasan lain yang anda lihat setiap hari.

Amway_Home_L.O.C._Multi-Purpose_Cleaner.jpg

Satu cara mudah membersihkan cap jari ialah ambil kain dan pembersih pelbagai guna seperti Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. Amway, dan pergi dari bilik ke bilik untuk menghapuskan semua kesan, kotoran, tumpahan dan percikan yang anda lihat. Ia cara yang mudah dan cepat untuk membuat perbezaan besar!


Tangani perkara yang menjengkelkan

Satu cara lagi untuk membuat perbezaan besar adalah dengan memberi tumpuan pada masalah berulang. Anda tidak suka melihat debu di televisyen anda setiap hari? Mata anda menyorot ke tingkap berhampiran sinki dapur atau ubat gigi di cermin bilik mandi? Bagaimana pula dengan teko kopi yang benar-benar perlu dibersihkan?

Senaraikan itu di bahagian atas perkara yang perlu dilakukan setiap hari Jumaat dan keesokan paginya, hati anda akan berbunga-bunga sepanjang hari, bermula apabil anda memandang cermin bilik mandi yang bersih dan menuruni tangga yang tidak bersepah dan berterusan apabila anda menuang kopi daripada teko berkilat dan memandang ke luar tingkap anda yang berkilau.


Beralih ke perkara yang lebih besar

Pasti anda akan berhenti meremehkan idea ini apabila anda sedar pembersihan Jumaat malam ini mungkin sesuatu yang baik. Anda akan lebih teruja jika anda menghabiskan sehingga dua jam, bukannya 45 minit atau kerana anda sudah pulang, jadi mengapa tidak memulakannya lebih awal sedikit?

SA8™_Liquid_Concentrated_Laundry_Detergent.jpg

Masukkan kain kotor anda ke dalam mesin basuh sebaik sahaja bangun tidur kemudian biarkan alam semula jadi melakukan tugasnya selepas anda menyidainya sepanjang hari. Pastikan anda mempunyai cukup Detergen Serbuk Cucian Pekat Premium SA8™ Amway Home dan Penyembur Pracuci & Penanggal Kotoran SA8 Amway Home supaya anda tidak tergendala kerana kehabisan bekalan atau kesan degil.

Jika anda mempunyai pengering, lebih baik lagi! Anda boleh terus mengalihkan muatan ke dalam pengering kemudian pada waktu malam, anda hanya perlu melipat kain bersih anda. Ini memberi anda lebih banyak masa untuk memfokuskan pembersihan Jumaat malam pada beberapa projek besar yang lain: dapur dan bilik mandi. Menjelang hari Jumaat, biasanya dapur sangat memerlukan pembersihan terperinci, jadi ambil Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. Amway dan bersihkan kaunter dan almari. Cuci pinggan mangkuk dan keluarkan kain lap pinggan dan tuala baru.

AMWAY_PURSUE_Disinfectant_Cleaner_One_Step.jpg

Begitu juga dengan bilik mandi. Letakkan Pencuci Disinfektan Satu Langkah Amway PURSUE di bawah sink supaya mudah diambil. Pembersih berkuasa ini berfungsi sebagai penyahjangkit, pembersih, pensanitasi, racun kulat, pencegah kulapuk, pencegah virus dan penyahbau yang mensteril dan membersih dengan hanya 1 langkah untuk bilik mandi yang bersih dan kemas. Alami aura kejayaan sebenar ketika menyental mangkuk itu sehingga bersih – tambahan pula, ia tidak mengambil masa yang lama.


Jadikan ia usaha berkumpulan

Setelah selesai membersihkan dapur dan bilik mandi, anda boleh duduk di ruang tamu untuk melipat kain bersih sambil menonton rancangan kegemaran anda. Pembersihan Jumaat malam kelihatan semakin baik, bukan? Begitu juga Sabtu dan Ahad kerana kedua-duanya akan jadi lebih bebas tanpa kerunsingan.

Jadi pada hari Jumaat berikutnya, pasang muzik dan menarilah sepanjang malam dengan penyapu dan kain pengelap anda. Satu lagi nasihat berharga: Jika keluarga anda besar: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Libatkan semua orang dalam trend pembersihan Jumaat malam!