Floating Icon
25 MAY 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 1594 LIHAT 49 BERKONGSI

Serlahkan Kulit Anda Dengan Seri Kemerahan-merahan Yang Sihat

Anda menyayangi kulit anda? Angkat tangan jika anda bimbang tentang kerosakan akibat terdedah kepada sinar UV dan pencemaran udara, tidak lupa juga kurang tidur, tertekan dan penuaan. Kita bercakap tentang tona kulit tidak sekata, kekusaman, tompok-tompok gelap, garis-garis halus, kedutan yang dalam, kekenduran, kekeringan, kemerahan dan kesensitifan.

Vital_Treasures_ROSYSHINE_Botanical_Beverage_Berries_Rose_Petal_Extract_&_Grape_Seed_Extract.jpg

Kembalikan semula keremajaan kulit anda dengan Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures. Kaya dengan nutrien daripada 7 jenis beri, ia mengandungi vitamin A, C dan E bagi menggalakkan pengeluaran kolagen untuk keanjalan yang lebih baik. Ia juga tinggi antioksidan untuk menentang pengoksidaan dan radikal bebas bagi manfaat antipenuaan.

Di samping itu, ekstrak Bunga Mawar terpaten Jepun membantu meningkatkan keanjalan dan mengurangkan pigmentasi gelap, manakala Ekstrak Biji Anggur mengandungi 95% OPC (oligomeric proanthocyanidin) untuk menyasarkan radikal bebas dan mencerahkan pigmentasi.

Mari kita lihat lebih dekat lagi makanan unggul (superfood) yang digabungkan menjadi minuman yang hebat ini:


    Strawberi

    Lazat dan berkhasiat! Strawberi penuh dengan antioksidan dan vitamin C, yang mana kedua-duanya membantu mengurangkan kerosakan pada kulit akibat sinar UV. Di samping itu, kandungan asid elagik menghalang penguraian kolagen, manakala pigmen antosianin yang menjadikan strawberi berwarna merah juga menentang radikal bebas.


    Chokeberry

    Chokeberry merupakan satu daripada sumber antioksidan yang paling kuat dan ia juga adalah makanan unggul yang bagus untuk kulit yang berseri. Kandungan vitamin C yang tinggi menambah baik penghasilan kolagen dan keanjalan, manakala zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran sel kulit.


    Beri Hitam

    Seperti semua buah beri, beri hitam kaya dengan vitamin C. Ia juga mengandungi vitamin A untuk memperlahankan tanda -tanda penuaan dan vitamin K untuk membantu mengurangkan parut, tanda regangan, tompok-tompok matahari dan tanda-tanda kerosakan lain.


    Elderberi

    Elderberi yang mengandungi flavonoid yang tinggi, menawarkan kesan antikeradangan yang hebat untuk membantu melindungi tubuh anda daripada tekanan oksidatif. Manfaat kesihatan lain termasuk memerangi akne serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.


    Anggur Hitam (Blackcurrant)

    Memiliki kepekatan antosianin yang tinggi, bahan-bahan polifenolik, vitamin C, antioksidan dan asid gamma-linolenik (GLA), anggur hitam dapat membantu melegakan kulit kering dan juga menambah baik aliran darah.


    Beri Biru

    Beri biru menentang penuaan pramatang dengan antioksidan. Sebagai sebahagian daripada keluarga beri, ia kaya dengan vitamin dan mineral seperti Vitamin C dan K, yang menyokong penyembuhan luka dan meminimumkan pembentukan parut.


    Acai Beri

    Acai beri menentang tanda-tanda penuaan dengan tahap vitamin Cnya yang tinggi, vitamin A, serat diet dan asid lemak seperti omega-3, omega-6, dan omega-9. Asid lemak adalah penting untuk mengekalkan kelembutan, keanjalan dan tekstur kulit. Magnesium juga menghalang kulit daripada kekeringan dan mengurangkan keradangan serta kemerahan.


    Ekstrak Bunga Mawar

    Kaya dengan vitamin A, C, D dan E serta asid lemak perlu, ekstrak bunga mawar sangat sesuai untuk menambah baik keanjalan kulit, mengurangkan pigmentasi dan merangsang pengeluaran kolagen. Ia sangat bagus untuk kulit kering, matang dan sensitif, dan ia mempunyai sifat antiseptik.

    Ekstrak Biji Anggur

    Ekstrak biji anggur mempertingkatkan pusing ganti dan pertumbuhan semula sel, melegakan jerawat dengan sifat antimikrobnya dan membantu meratakan tona kulit. Selain itu, vitamin E dan asid lemak rantaian omeganya membantu merawat jerawat akne, melembutkan kulit dan menambah baik keanjalan.

    Teruja? Kami juga! Nantikan pelancaran DUA produk baru daripada Vital Treasures:


    PINK_BLOOM_group.jpg

    Minuman Botani Ekstrak Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures



      ROSYSHINE_group.jpg

      Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures


      Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite juga sama hebatnya. Ia melindungi kulit anda dan memberikan khasiat kepada badan anda dengan oligopeptida kolagen marin, peptida kacang soya yang diesktrak melalui teknologi bioenzimatik dan ekstrak bunga kekwa semula jadi untuk membina Kecantikan dari Dalam. Tinggi antioksidan, ambillah Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures agar kelihatan lebih berseri luar dan dalam.


      Rujukan

      1. Vitamin C, Grape Seed Extract And Citrus Bioflavonoids Protect The Skin Against Photoaging: A Review (https://www.researchgate.net/publication/347788222_Vitamin_C_Grape_Seed_Extract_and_Citrus_Bioflavonoids_Protect_the_Skin_against_Photoaging_A_Review)
      2. A Review Of The Potential Benefits Of Plants Producing Berries In Skin Disorders (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32575730/)
      3. Types And Importance Of Berries – A Review (https://www.researchgate.net/publication/318877108_TYPES_AND_IMPORTANCE_OF_BERRIES_-_A_REVIEW)
      4. List Of The Best Vitamins For Skin (https://www.medicalnewstoday.com/articles/324943)
      5. The Impact Of Airborne Pollution On Skin (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6766865/)
      6. Ultraviolet Light Degrades The Mechanical And Structural Properties Of Human Stratum Corneum (https://doi.org/10.1016/j.jmbbm.2019.103391)
      7. What Are The Benefits Of Grape Seed Extract? (https://www.medicalnewstoday.com/articles/263332.php#side-effects)
      8. Grapeseed Oil For Skin: Benefits And Uses (https://www.healthline.com/health/grapeseed-oil-for-skin)
      9. The Skin Benefits Of Grapeseed Oil, Grape Seed Extract And Grape Juice (https://www.livestrong.com/article/131725-grape-seed-extract-skin-benefits/)
      10. What Are Flavonoids? Everything You Need To Know (https://www.healthline.com/health/what-are-flavonoids-everything-you-need-to-know#health-benefits)
      11. 6 Health Benefits of Black Currant (https://www.healthline.com/health/health-benefits-black-currant)