Floating Icon
13 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 2085 LIHAT 93 BERKONGSI

3 Cara Mudah untuk Mengekalkan Senyuman yang Ceria & Menawan

Semua orang tahu kepentingan penjagaan mulut yang betul dalam mencegah kerosakan gigi, kaviti, penyakit gusi dan nafas berbau. Selain masalah kesihatan, senyuman yang sihat juga mempunyai kesan yang hebat ke atas harga diri dan keyakinan diri kita. Tetapi apakah yang menyebabkan masalah gigi ini dan mengapa kita mendapatnya dengan mudah?

Mari kita mulakan dengan fakta bahawa gigi anda hanya membentuk 25% daripada mulut anda. Kebanyakan orang biasanya menumpukan pada memberus tanpa menyedari bahawa menggunakan berus gigi dan ubat gigi sahaja tidak cukup berkesan. Membersihkan baki 75%, yang merangkumi semua kawasan yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi, adalah penting untuk penjagaan mulut yang betul.

Ini adalah sesuatu yang menakutkan: Terdapat berbilion bakteria hidup bukan sahaja di atas gigi anda tetapi juga di atas lidah, gusi dan di dalam pipi anda.

Apabila kawasan ini tidak dibersihkan dengan betul, bakteria terkumpul dan membentuk plak. Plak memusnahkan enamel gigi anda dan malangnya sukar untuk ditanggalkan tanpa bantuan profesional.

Tidak gemar berjumpa doktor gigi anda terlalu kerap tidak kira betapa baiknya beliau? Berikut adalah cara mencegah pembentukan plak, kerosakan gigi dan kaviti:


GLISTER Brush

1. Memberus

Langkah pertama untuk mulut yang bersih dan sihat ialah memberus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Anda boleh juga membawa Berus Gigi GLISTER dan tiub mini Berus Gigi Berfluorida Multitindakan GLISTER di dalam beg anda atau menyimpannya di dalam laci meja di tempat kerja untuk menggosok gigi selepas makan tengah hari – tiada lagi situasi janggal dengan bayam melekat di celah gigi anda semasa mesyuarat!

Memberus seharusnya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minit bagi memastikan pembersihan yang menyeluruh. Cari cara yang kreatif untuk menentukan masa anda sendiri, seperti menyanyikan lagu kegemaran. Memegang berus gigi pada sudut 45°, gerak ke atas dan ke bawah dengan berhati-hati untuk membersihkan di bawah garis gusi.


GLISTER Rinse

2. Berkumur

Jika anda sangka gigi anda adalah segalanya yang perlu anda risaukan, fikirkan semula. Bakteria berada di mana-mana sahaja jadi di sinilah pembersih mulut antibakteria memainkan peranan penting kerana pembersih mulut membersihkan semua kawasan mulut anda dengan berkesan walaupun di kawasan yang sukar dicapai.

Pastikan berkumur dengan pencuci mulut antiplak betul-betul selama 30 saat dan ludahkannya keluar. Untuk hasil yang terbaik, tunggu selama 30 minit sebelum makan atau minum, terutamanya apabila memakan makanan dan minuman bergula. Tip: Cairkan Pembersih Mulut Antiplak GLISTER di dalam Botol Pencair Pembersih Mulut GLISTER yang kecil dan mudah.


GLISTER Refresh

3. Menyegarkan

Simpan Semburan Penyegar Pudina GLISTER yang mudah dibawa di dalam poket anda untuk menyegarkan nafas dengan segera dan menikmati sensasi sejuk pudina bila-bila masa, di mana jua. Paling bagus, anda boleh gunakannya sekerap yang anda suka sepanjang hari!

Sudahkah kami beritahu bahawa ia penyembur penyegar tanpa gula? Ini bermakna penyembur ini tidak akan menggalakkan pengeluaran asid kerana mulut yang sangat berasid menggalakkan pertumbuhan bakteria dan akhirnya akan merosakkan gigi anda.


GLISTER Smile A Mile Pack Items


Memberus, berkumur dan menyegarkan di mana jua dengan Pek Smile-A-Mile GLISTER! Dengan ilustrasi yang cantik, pek ceria ini mengandungi segalanya yang anda inginkan untuk penjagaan mulut yang lengkap:

  • Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan GLISTER (200g)
  • Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan GLISTER Mini (65g)
  • Berus Gigi GLISTER (1 batang)
  • Pembersih Mulut Antiplak GLISTER (50ml
  • Botol Pencair Pembersih Mulut GLISTER
  • Semburan Penyegar Pudina GLISTER (14ml)

Pastikan senyuman anda ceria dan menawan di mana sahaja anda berada!