Floating Icon
29 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1642 LIHAT 46 BERKONGSI

Mempunyai Kulit Berseri dan Terhidrat

Secrets to gorgeous skin

5 Rahsia Kulit Yang Cantik

Tiada yang seksi atau sihat tentang kulit yang kering dan kusam di mana-mana bahagian wajah atau tubuh anda. Jadi, belailah kulit anda dan dapatkan kulit yang cantik dan berseri dengan mempelajari lima rahsia ini.


Licin Bila Disentuh

Esok adalah malamnya. Anda telah menunggu janji temu ini sepanjang minggu! Anda bangun dan menyentuh kulit anda. Terasa kering! Anda mengambil tiub gel aloe vera yang tidak berminyak dan menyapu sedikit. Untuk melembapkan lagi kulit dan meredakan radang jerawat, anda juga menyapunya semalaman. Hasil pada keesokan harinya? Kulit yang lembut dan licin untuk malam janji temu itu!


Dapatkan Keserian Itu

Jika anda ingin memiliki kulit selicin sutera yang dicemburui ramai, bawa penghidratan kulit ke tahap seterusnya. Gunakan losyen badan dengan ekstrak biji anggur dan teh hijau. Gabungan botani ini menjadi pelembap yang hebat untuk kawasan bermasalah yang sangat kering seperti kutikel dan siku. Ingin menunjukkan bahawa anda tidak bermain-main tetapi sangat serius? Melembaplah setiap hari untuk struktur kulit yang muda!

Petua Kecantikan: Adakah kulit anda kering? Garu kawasan kecil di lengan atau kaki dengan kuku anda. Jika anda nampak kesan putih, itu tandanya kulit anda kering dan memerlukan pelembapan.


Melegakan Lecuran Kecil

Aduh! Anda segera mematikan api dapur dan berlari ke paip, membasahkan jari anda yang kemerahan di bawah air mengalir. Rasa sakit berdenyut-denyut. Anda membuka laci ubat, mengambil tiub aloe vera dan menyapunya pada jari anda. Ia melecur sedikit kerana terkena dapur panas tadi dan kesakitan anda reda sedikit selepas menyapu gel aloe vera itu. Anda masih boleh menyiapkan makan malam keluarga tanpa apa-apa halangan!


Bawa Payung

Sinaran matahari paling terik ialah antara pukul 10 pagi dan 4 petang. Jika anda tidak boleh berada di dalam bangunan semasa tempoh itu, sekurang-kurangnya pastikan anda berada di tempat yang teduh atau gunakan payung.

Walaupun kita memerlukan Vitamin D daripada matahari, apabila usia semakin meningkat, kulit mengalami perubahan yang melemahkan pertahanan kita terhadap penyakit kulit: sistem imun menurun, keupayaan penyembuhan semakin lemah, kulit menjadi lebih nipis dan kerosakan akibat merokok hinggalah pencemaran. Oleh itu, ucapkan selamat tinggal kepada kulit kering dan merekah dengan menyapu losyen badan yang melembapkan agar kulit anda kekal lembut. Jika anda mengalami selaran matahari, redakan keperitannya dengan menyapu aloe vera!

Petua Kecantikan: Simpan gel aloe vera di dalam peti sejuk jika anda mahu rasa dingin pada kulit apabila disapu!


Wajah Idaman Setiap Wanita

Impian kecantikan sejagat ialah memiliki kulit wajah yang kelihatan sihat, licin dan berseri. Satu peraturan mudah yang anda perlu ikuti untuk mencapainya? Melembap untuk memilki kulit yang sihat dan terhidrat dengan losyen badan dan gel aloe vera.