Floating Icon
13 SEP 2024 GUTPROTEIN 0 MINIT BACA 13 BERKONGSI

GUTPROtein: Membina Imuniti Daripada Usus Anda

Kehidupan moden memerlukan daya tahan kuat sama ada dalam mengendalikan mesyuarat berkaitan kerja, belajar untuk menduduki peperiksaan mahupun menyiapkan tugasan kolej. Perkara ini bukanlah satu rahsia lagi. Sistem imun yang kuat1 amatlah penting untuk menghadapi cabaran ini secara berterusan.

Sistem imun kita memainkan peranan yang penting dalam melindungi badan kita daripada bahan berbahaya, kuman dan perubahan sel yang boleh membuat kita jatuh sakit. Perlindungan ini merangkumi kulit kita yang mempunyai fungsi imun yang tersendiri bagi melindungi daripada jangkitan, toksin dan autoimuniti, sambil bertindak sebagai perintang fizikal terhadap unsur luaran.

Imuniti bermula Dengan GUTPROtein

Jadi, bagaimana Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite menguatkan sistem imun badan dan kulit kita?

Untuk pemula, usus kita adalah rumah kepada bertrilion bakteria usus yang secara kolektif dikenali sebagai mikrobiom usus. Manakala probiotik dan prebiotik pula penting untuk memperoleh mikrobiom yang sihat kerana kedua-duanya membantu mempelbagaikan dan mengimbangi bakteria usus.

Immunity Starts With GUTPROtein.jpg

Kepelbagaian dan keseimbangan mikrobiom pula adalah penting untuk tindak balas imun yang kuat kerana bakteria usus membantu dalam melatih dan membangunkan sistem imun dengan merangsang penghasilan sel imun dan antibodi. Perkara ini adalah penting untuk mempertahankan kolesterol dan patogen berdasarkan penyelidikan saintis di Universiti Harvard dan MIT2.

Lebih-lebih lagi, mikrobiom usus yang sihat dan seimbang turut membantu mengimbangi isyarat pro-radang dan antiradang dalam badan kita. Sebaliknya, apabila terdapat ketidakseimbangan yang teruk dalam mikrobiom usus, kita boleh menghadapi keadaan yang dikenali sebagai Disbiosis3 yang boleh menyebabkan keradangan kronik. Ini akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit autoimun dan jangkitan bakteria.

Selain mikrobiom usus, satu lagi bahagian penting daripada sistem imun kita ialah lapisan usus4. Protein adalah penting dalam hal ini kerana protein menguatkan lapisan usus, mengekalkan integritinya serta menghalang patogen dan toksin berbahaya daripada memasuki aliran darah. Lapisan usus yang terjejas sering dirujuk sebagai usus bocor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan dan tindak balas keradangan.

Kesan GUTPROtein terhadap Imuniti Kulit

Sebelum ini, kita telah pun membincangkan bahawa Kesihatan Asas GUTPROtein dapat membantu anda memperoleh kulit yang lebih sihat. Namun begitu, tahukah anda bahawa kesihatan usus yang disokong oleh GUTPROtein turut memberi kesan yang ketara terhadap imuniti kulit?

The Impact of GUTPROtein on Skin Immunity.jpg

Sama seperti organ dalaman kita, mikrobioum usus yang sihat membantu badan kita memupuk dan mengawal sel imun yang terlibat dalam imuniti kulit, khususnya melalui pengeluaran sel T pengawalaturan (Tregs)2. Sel ini membantu mencegah keradangan kulit yang berlebihan dan keadaan autoimun.

Selain itu, beberapa bakteria usus yang terdapat dalam mikrobiom usus bertanggungjawab untuk merangsang penghasilan peptida antimikrob yang merupakan molekul protein sistem imun semula jadi. Peptida antimikrob5 ini penting untuk imuniti kulit kerana peptida dapat melindungi daripada patogen berbahaya dan memainkan peranan dalam mengawal keterukan dermatitis atopik, luka kronik dan kulit melecur.

Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite: Membina Imuniti Daripada Usus Anda

Secara kesimpulannya, Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite meningkatkan daya tahan imun melalui kuasa bersinergi protein, probiotik, dan prebiotik (Serat Campuran). Gabungan ini menguatkan mikrobiota usus anda malah menyokong lapisan usus anda dan memperkenalkan bakteria bermanfaat untuk menggalakkan fungsi imun yang seimbang. Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite mengabungkan tiga produk berkuasa yang bekerjasama untuk menguatkan pertahanan badan anda:

Take the Nutrilite GUTPROtein Foundational Health, Build Immunity From Your Gut.jpg

  • Minuman Protein Soya Nutrilite: Menyokong pembaikan dan penjanaan semula sel keseluruhan dengan protein berasaskan tumbuhan, menguatkan lapisan usus dan membantu dalam pengeluaran sel imun.
  • Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics: Menambah bakteria usus yang bermanfaat menggunakan teknologi "Sampai Hidup-hidup" dan "Melekat Pada Usus" dengan memastikan 6.3 bilion CFU probiotik tiba dan membiak dalam usus anda lalu meningkatkan tindak balas imun.
  • Nutrilite Mixed Fiber Powder (Prebiotik): Menyuburkan bakteria baik dengan prebiotik daripada campuran tiga serat terlarut agar dapat membantu mengekalkan mikrobiom usus yang seimbang dan menyokong kesihatan imun.

Lihat laman penambat GUTPROtein di sini!

Rujukan

1https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279364/#:~:text=The%20immune%20system%20has%20a,t%20notice%20that%20it's%20there.

2https://scitechdaily.com/harvard-and-mit-scientists-discover-cholesterol-busting-microbes-in-the-gut/

3https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/dysbiosis

4https://www.health.harvard.edu/blog/leaky-gut-what-is-it-and-what-does-it-mean-for-you-2017092212451

5https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2664254/