Floating Icon
20 AUG 2024 GUTPROTEIN 4 MINIT BACA 254 LIHAT 29 BERKONGSI

GUTPROtein: Meningkatkan Keselesaan Penghadaman

Sebelum ini, kami meneroka cara Nutrilite GUTPROtein Menggalakkan Tahap Tenaga Anda dengan meningkatkan kesihatan usus. Hari ini, mari kita mendalami cara GUTPROtein meningkatkan keselesaan penghadaman dengan menyokong kesihatan gastrousus.

Sebagai orang Asia, makanan merupakan sebahagian daripada budaya and gaya hidup kita.  Sama ada di pejabat, di kelas atau di rumah, makanan adalah topik yang tidak pernah membosankan kita. Bahkan, dua soalan kegemaran kita adalah, “Nak makan apa?” dan “Sudah makan ke?”

Namun begitu, menikmati hidangan yang mengenyangkan kadangkala boleh menyebabkan kita tidak selesa, seperti kembung perut atau ketidakhadaman yang tidak menyenangkan kita, terutamanya pada waktu makan tengah hari apabila kita masih mempunyai separuh hari lagi berisi aktiviti yang menanti kita.


Memahami Kembung Perut atau Ketakhadaman: Tanda Ketidakseimbangan Gastrousus

Bloating and indigestion are signs of gastrointestinal imbalance.jpg

Kembung perut yang berlaku sekali-sekala selalunya tidak berbahaya dan biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor seperti sayur-sayuran, minuman bergas atau bahkan menelan udara semasa makan. Sungguhpun demikian, kembung perut dan ketakhadaman yang berterusan mungkin menunjukkan ketidakseimbangan dalam mikrobiota usus anda yang menjejaskan kesihatan usus dan penghadaman anda secara keseluruhan.


GUTPROtein: Memulihkan Keseimbangan Usus dengan Nutrien Penting

Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite direka bentuk untuk memulihkan keseimbangan dalam sistem gastrousus anda dengan menyediakan nutrien yang penting, termasuk protein, prebiotik dan probiotik bagi menyokong kesihatan lapisan usus serta menggalakkan pembiakan bakteria yang bermanfaat.

Tetapi bagaimana GUTPROtein berfungsi?


Zon Perang Usus: Melawan Makanan Sukar Dihadam

Avoid hard to digest foods.jpg

Bayangkan perut anda sebagai medan perang. Jumlah makanan yang kita makan, seperti makanan yang terlalu diproses, gula ditapis dan makanan bergoreng boleh menjadi sukar untuk dihadam. Ini boleh menyebabkan peningkatkan asid perut dan mendatangkan kesakitan pada usus kita yang mengakibatkan ketidakselesaan. Keadaan ini lebih buruk bagi perokok biasa.


Pengukuhan dan Pembaikan: Probiotik, Prebiotik dan Protein

GUTPROtein menawarkan pengukuhan untuk usus anda melalui probiotik yang bertindak sebagai askar hebat untuk bakteria usus anda, sekali gus meningkatkan keselesaan penghadaman. Prebiotik membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bakteria usus yang baik untuk membiak, yang secara dasarnya memberi makan kepada askar hebat di dalam usus anda. Sementara itu, protein membaiki lapisan usus dengan meningkatkan penyerapan nutrien dan penyelenggaraan keseluruhan, terutamanya semasa tidur.


GUTPROtein: Alami Manfaat Kesihatan Usus yang Seimbang

Penggunaan kerap GUTPROtein membantu mengekalkan mikrobiom usus yang seimbang, mengurangkan masalah kembung perut and ketakhadaman. Keseimbangan ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan penghadaman tetapi turut memberi manfaat kesihatan yang lain seperti pembuangan air besar yang lebih teratur, penyerapan nutrien yang lebih baik, toleransi makanan yang lebih baik, kulit yang lebih sihat dan kejelasan mental yang lebih bagus.

Experience the health benefits of a balanced gut.jpg


Meningkatkan Keselesaan Penghadaman GUTPROtein

Secara keseluruhannya, Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite meningkatkan keselesaan penghadaman dengan protein, probiotik dan prebiotik (Serat Campuran). Gabungan ini dapat membantu mengimbangkan mikrobiota usus dengan menyokong lapisan usus anda dan memperkenalkan bakteria bermanfaat untuk menggalakkan pembiakan bakteria berkenaan. Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite menggabungkan tiga produk berkuasa yang berfungsi secara sinergi untuk meningkatkan keselesaan penghadaman:

Enhance Digestive Comfort with GUTPROtein.jpg

  • Minuman Protein Soya Nutrilite: Menyokong pembaikan dan penjanaan semula sel secara keseluruhan dengan protein berasaskan tumbuhan yang memperkukuhkan lapisan usus serta memelihara jisim otot tanpa lemak.
  • Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics: Menambahkan lagi bakteria usus yang bermanfaat menggunakan teknologi “Sampai Hidup-hidup” dan “Melekat Pada Usus” bagi memastikan 6.3 bilion CFU probiotik sampai dan kekal di dalam usus anda.
  • Nutrilite Mixed Fiber Powder (Prebiotics): Serbuk ini menyuburkan bakteria baik dengan prebiotik daripada campuran tiga serat larut agar dapat membantu untuk mengekalkan mikrobiom yang seimbang.

Ketahui lebih lanjut di laman penambat GUTPROtein di sini!