Floating Icon
22 AUG 2024 GUTPROTEIN 4 MINIT BACA 301 LIHAT 60 BERKONGSI

GUTPROtein: Alami Kulit yang Lebih Sihat

Kulit yang sihat dan awet muda sering menjadi petunjuk utama bagi kecantikan dan kesejahteraan. Sungguhpun demikian, kulit kita turut bertindak agar dapat memenuhi tujuan penting lain selain daripada tujuan estetik. Sebagai organ terbesar dalam tubuh badan manusia, badan kita merupakan barisan pertahanan pertama dan utama kita terhadap unsur luaran dan bahan cemar seperti lembapan, suhu sejuk, sinaran UV, kuman dan bahan toksik.

Namun, tahukah anda bahawa rahsia untuk kulit yang lebih sihat bergantung pada usus anda?


Memahami Kesan Kesihatan Usus Terhadap Kulit

Sungguhpun fungsi utama kulit tertumpu pada perlindungan, kulit turut mencerminkan kesihatan dalaman kita. Pilihan pemakanan yang tidak baik seperti makanan diproses, gula bertapis, gluten, tenusu dan alkohol boleh mengganggu mikrobiom usus yang mengakibatkan keradangan dan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan psoriasis.

Selain itu, kita perlu mengamalkan tabiat gaya hidup yang lebih sihat. Untuk memulihkan seri keremajaan kulit anda, utamakan senaman dengan kerap serta pastikan kekal terhidrat dengan mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air bersih, air terturas dan makan sajian yang seimbang. Ambil suplemen untuk diet anda agar dapat menangani jurang pemakanan dan pastikan anda mendapat 7 hingga 8 jam tidur yang nyenyak setiap malam.

Healthier lifestyle habits include regular exercise.jpg

Menambah baik diet dan tabiat gaya hidup anda akan dapat meningkatkan kesihatan usus anda. Apabila usus anda berfungsi secara optimum, usus dapat menukar makanan menjadi nutrien penting yang menyuburkan seluruh badan anda termasuk kulit anda. Usus sihat memastikan nutrien ini diserap dengan cekap lalu membuat kulit wajah lebih cerah dan berseri. Mencapai fungsi usus yang optimum ini adalah kunci untuk mengekalkan kedua-dua kesihatan usus dan kulit.


GUTPROtein Nutrilite: Sekutu Terbaik Kulit (dan Usus) Anda

Salah satu cara yang paling berkesan untuk menyokong kedua-dua kesihatan usus dan kulit ialah dengan Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite. GUTPROtein memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dengan gabungan protein, prebiotik dan probiotik usus.


Protein: Blok Binaan untuk Kulit Sihat

Protein is the building block of healthy skin.jpg

  • Membina dan mengekalkan perintang kulit yang sihat: Protein penting untuk membentuk lapisan perlindungan kulit dan mengelakkan unsur -unsur berbahaya.
  • Menyokong penghasilan kolagen: Protein membantu untuk mengekalkan kulit yang pejal dan awet muda dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
  • Mengekalkan lembapan dan penghidratan: Pengambilan protein yang betul dapat memastikan kulit anda kekal terhidrat dan gebu.
  • Membantu dalam penyembuhan dan penjanaan semula sel: PProtein menyokong pemulihan dan penjanaan semula sel kulit dengan lebih pantas bagi menggalakkan penampilan yang lebih sihat.

Prebiotik dan Probiotik: Hubungan Usus-Kulit

Prebiotics and Probiotics, the Gut-Skin Connection-2.jpg

  • Mengimbangkan pH kulit: Prebiotik dan probiotik bertindak bersama-sama untuk mengawal atur pH kulit, serta mencegah masalah kulit seperti kekeringan dan kerengsaan.
  • Mengurangkan kepekaan kulit: Mikrobiom usus yang seimbang mengurangkan kepekaan kulit lalu menjadikan kulit anda lebih berdaya tahan terhadap i tekanan alam sekitar.
  • Menambah baik fungsi perintang kulit: Komponen mesra usus ini mengukuhkan perintang kulit agar dapat menyediakan perlindungan yang dipertingkat terhadap kerosakan luaran.
  • Menggalakkan antioksidan: Probiotik meningkatkan tahap antioksidan dalam kulit bagi melawan tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus.

GUTPROtein Nutrilite: Menyuburkan Usus Anda, Mentransformasikan Kulit Anda

Start the day with a Nutrilite GUTPROtein Foundational Health Shake.jpg

Anda dapat memulihkan keupayaan usus anda untuk menyerap nutrien penting agar kulit sihat dengan mengambil minuman kocak Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite dua kali sehari (sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum waktu tidur). Apabila anda menyuburkan usus anda, kesihatan kulit anda dapat disokong dari dalam yang dapat memberikan penampilan yang lebih berseri serta awet muda.


Trio Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite untuk Kesihatan Kulit

Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite menggabungkan tiga produk mujarab yang bertindak secara harmoni untuk meningkatkan kesihatan kulit anda:

Take the Nutrilite GUTPROtein Foundational Health Trio for Skin Health.jpg

  • Minuman Protein Soya Nutrilite: Menyediakan protein berasaskan tumbuhan yang menyokong pembaikan sel dan kekuatan lapisan usus yang penting untuk memelihara jisim otot tanpa lemak termasuk kecergasan kulit.
  • Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics: Memberikan 6.3 bilion CFU probiotik menggunakan teknologi termaju “Sampai Hidup-hidup” dan “Melekat Pada Usus” bagi memastikan probiotik tersebut menakluki usus anda dengan berkesan.
  • Nutrilite Mixed Fiber Powder (Prebiotics): Memberi makan bakteria usus yang bermanfaat dengan campuran tiga serat larut agar dapat mengekalkan mikrobiom yang seimbang dan sihat.

Mulakan Perjalanan Anda untuk Kulit yang Lebih Sihat Hari ini

Kecantikan sejati bermula dari dalam. Dengan memupuk usus anda melalui Kesihatan Asas GUTPROtein Nutrilite, anda bukan sahaja menambah baik penghadaman anda tetapi membina asas untuk mengalami kulit yang lebih sihat dan berseri.

Terokai laman penambat di sini.