Floating Icon
17 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 2073 LIHAT 53 BERKONGSI

Penjagaan Rambut dengan SATINIQUE

Bertenang Dan Miliki Rambut Yang Hebat!

Memiliki rambut yang cantik menawan boleh meningkatkan keyakinan seseorang. Namun, keyakinan itu akan hilang jika mahkota anda hilang kilauannya dan menjadi kusam. Ayuh tangani beberapa masalah rambut yang paling biasa bersama-sama:


Frizzy_Dull_Hair.jpg

Saya perlu menghadiri gala di tempat kerja. Bagaimana saya hendak mengawal rambut yang keriting halus dan kusam?

Balm Pelurus SATINIQUE membantu mengawal dan melicinkan rambut untuk ketahanan terhadap kelembapan sepanjang hari. Semburkan Semburan Kemasan Langkah Akhir SATINIQUE untuk mengekalkan gaya sepanjang hari dan membantu mengawal keriting halus.


Hair_Fall.jpg

Rambut saya yang sudah menipis terus gugur! Tolong saya!

Untuk mencegah keguguran rambut, gunakan syampu yang membantu mencergaskan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih tebal dan lebih lebat. Syampu Antirambut Gugur SATINIQUE apabila digunakan dengan Perapi Antirambut Gugur SATINIQUE akan membantu anda melakukannya kerana ia dirumus khas untuk memulihkan rambut yang rapuh dan menipis dengan memberi tenaga dan merangsang kulit kepala.


Flaky_Itchy_Scalp.jpg

Masalah kelemumur menghalang saya daripada mengenakan pakaian berwarna gelap dengan yakin. Bagaimanakah saya hendak merawat masalah kulit kepala yang berkeruping dan gatal?

Cuba gunakan syampu antikelemumur yang mengawal kelemumur dan memberikan lembapan tambahan untuk melegakan kulit kepala yang kering dan gatal. Syampu Antikelemumur SATINIQUE sangat sesuai kerana ia membantu mengawal minyak pada kulit kepala dan mencegah tompok berkeruping. Tingkatkan rawatan dengan menggandingkannya dengan Masker Penggiat SATINIQUE untuk menguatkan pertahanan rambut sambil mengembalikan kilauan semula jadinya.