Floating Icon
23 DEC 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 4124 LIHAT 226 BERKONGSI

Bilakah Anda Perlu Servis Periuk Tekanan Noxxa Anda?

Mengapa Periuk Tekanan?

Sebelum kita pergi lebih mendalam, kami mengesyorkan anda supaya mendapatkan periuk tekanan ini bagi mereka yang masih belum memilikinya. Percayalah, memang berbaloi.

Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa ialah peranti kedap udara yang memasak makanan dengan pantas disebabkan tekanan stim yang terbentuk di dalamnya. Stim ini juga mengekalkan kelembapan makanan. Itulah sebabnya peranti ini sangat sesuai untuk membuat stew daging, kentang lecek malah kek keju.

Perkakas dapur serba guna, memasak secara perlahan, mengukus atau menggoreng kilas hidangan anda, semuanya menggunakan periuk yang sama. Periuk Tekanan yang dipertingkatkan ini juga mempunyai pilihan hidangan pratetap automatik yang menjadikan kerja memasak lebih mudah. 

Paparan LED juga mempunyai butang yang menyala apabila makanan disimpan panas selama 12 jam. Pilih antara pilihan tekanan tinggi atau rendah untuk memasak hidangan anda menggunakan tekanan sehingga 4 jam di dalam periuk tidak melekat 8 liter.


Penyelenggaraan Tetap Memelihara Periuk Anda

Seperti mana-mana perkakas, menggunakan Periuk setiap hari lama-kelamaan akan menyebabkan kehausan dan kelusuhan. Penutupnya mungkin akan longgar atau bahagiannya mungkin rosak.

Daripada mengabaikannya, atasi masalahnya dari awal dan elakkan tekanan yang terbentuk akibat menggunakan Periuk dengan bahagian yang rosak atau longgar. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit usaha dalam menyelenggara dan ini memastikan Periuk yang anda percayai kekal berguna dalam menyediakan hidangan untuk anda dan insan tersayang.


Kehausan & Kelusuhan Biasa yang Anda Perlu Tahu

Damaged power cord or socket

1. Kord/Soket Kuasa Rosak

2. Longgar/Berubah Warna/Mengeras/Koyak/Retak/Pecah/Tertanggal

  • Gasket Silikon
  • Penutup Antipenghalang
  • Gasket Injap Terapung
  • Tombol Pengatur
  • Injap Keselamatan Tekanan

3. Pengumpulan Makanan dalam Bahagiannya


Langkah-langkah Keselamatan Penting

Important safety measures

  1. Tutup penutup SEBELUM menggunakan mana-mana fungsi (kecuali untuk Goreng Kilas/Stir Fry). Semasa menggunakan Goreng Kilas, jangan letakkan penutup pada periuk.
  2. JANGAN tanggalkan atau membuka penutup secara paksa ketika memasak di bawah fungsi Tekanan.
  3. Jangan sentuh penutup semasa proses memasak kerana permukaan keluli tahan karat akan menjadi sangat panas.
  4. Berhati-hati semasa menanggalkan penutup dengan menjauhkannya dari anda.
  5. Pastikan unit dimatikan SEBELUM melepaskan tekanan untuk membuka penutup.
  6. Semasa memasak kekacang/biji-bijian menggunakan fungsi Tekanan, jangan lepaskan tekanan serta-merta. Biarkan periuk sejuk selama 15 minit SEBELUM melepaskan tekanan.
  7. Jangan lupa untuk menggunakan sarung tangan oven semasa melepaskan tekanan kerana stim dari periuk akan menjadi sangat panas.


Jangan Tunggu Sehingga Rosak. Servis UNIT Anda Dengan Tetap.

Service your unit regularly

  1. Servis dengan tetap memastikan keselamatan.
  2. Haus & Lusuh? Gantikan bahagiannya.
  3. Jangan gunakan unit apabila bahagiannya tidak berfungsi dalam keadaan asal.


Ingin servis Periuk Tekanan Noxxa anda? Kunjungi Kedai Amway terdekat atau hubungi 03-7946 2800 untuk maklumat lanjut.