Floating Icon
09 AUG 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1195 LIHAT 52 BERKONGSI

Inilah Rutin Penjagan Kulit Paling Mudah untuk Kulit yang Sihat

Pembersih, penyegar, serum, pelembap, krim mata, dan banyak lagi – terdapat pelbagai produk penjagaan kulit di pasaran hari ini dan jika anda baru mengenali penjagaan kulit, ia mungkin menjadi terlalu banyak.

Tetapi jangan risau, sebelum anda mengalah, kami akan memberitahu anda satu rahsia – penjagaan kulit tidak perlu menyukarkan. Seperti kebanyakan perkara-perkara baik dalam hidup, jika anda melakukan sesuatu untuk kali pertama, adalah lebih baik memulakannya dengan segala yang asas.

Oleh itu, demi memudahkan anda dalam dunia penjagaan kulit yang kompleks namun sangat memberi manfaat, mengapa tidak bermula dengan rutin 3 langkah yang mudah?


Easy 3-Step Skincare Routine

Membersih, Menyegar, Melembap – 3 Langkah Untuk Anda Bermula

Rutin ideal anda bergantung pada jenis kulit anda dan keutamaan peribadi anda, tetapi sekurang-kurangnya, setiap rutin haruslah termasuk 3 langkah: membersih, menyegar dan melembap. Tiga langkah ini adalah blok pembinaan setiap rutin penjagaan kulit.

Anda perlu bermula dengan kanvas yang bersih; oleh itu, pembersihan adalah langkah pertama. Seterusnya, adalah penting untuk menyeimbangkan mikrobiom kulit, di sinilah letaknya peranan penyegar. Akhir sekali, adalah penting untuk mengunci kelembapan supaya kulit anda tetap terhidrat dan sihat.

Tetapi sebelum anda pergi membeli pembersih, penyegar dan pelembap, ingat bahawa kulit semua orang mempunyai keperluan yang unik. Itulah sebabnya penting untuk mencari produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Bagaimana Saya Mengenali Jenis Kulit Saya?

Adakah kulit anda terasa ketat selepas anda membersihkan wajah anda? Anda mungkin mempunyai kulit kering. Adakah zon-T anda berkilat pada penghujung hari? Anda mungkin mempunyai kulit berminyak. Mahu menyasarkan tompok penuaan? Bagaimana dengan garis-garis halus? Tidak ada satu jenis penjagaan kulit yang sesuai untuk semua. Kulit yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza dan memerlukan produk yang berbeza.

Itulah sebabnya set 3 langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION menawarkan penyelesaian yang diperibadikan dan bagus untuk seseorang yang baru memulakan rutin penjagaan kulit mereka.


Set 3 Langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION – Penyelesaian yang Diperibadikan, Rutin yang Mudah

Set 3 langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION terdiri daripada pembersih, penyegar dan pelembap bersaiz penuh yang terdapat dalam tiga penyelesaian yang berbeza – Balancing Solution, Hydrating Solution dan Renewing Solution – supaya anda mempunyai semua yang anda perlukan untuk rutin penjagaan kulit 3 langkah yang mudah dimulakan, namun diperibadikan mengikut kebimbangan kulit anda.

Set 3 Langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Solution

  • Set ini mengandungi Balancing Jelly Cleanser (125ml) Balancing Fresh Shake Toner (200ml) dan Balancing Matte Gel Lotion (50ml).
  • Sesuai untuk jenis kulit biasa ke berminyak dan kulit berminyak.
  • Rutin kawalan minyak dengan formula ringan ini menambah tahap kelembapan sambil mengekalkan keadaan kulit agar tidak berkilat dan segar.

Set 3 Langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Solution

  • Set ini mengandungi Hydrating Mousse Cleanser (145ml), Hydrating Smoothing Toner (200ml) dan Hydrating Gel Cream (50ml).
  • Sesuai untuk jenis kulit biasa ke kering dan kulit kering.
  • Mengalami penghidratan yang sangat tinggi selama 24 jam untuk kulit yang lembut dan halus sepanjang hari.

Set 3 Langkah ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Solution

  • Set ini mengandungi Renewing Foaming Cleanser (125ml), Renewing Softening Toner (200ml) dan Renewing Reactivation Cream (50ml).
  • Sesuai untuk jenis kulit matang dan kering.
  • Melicinkan garis-garis dan memulihkan kepejalan serta keanjalan dengan rejimen antipenuaan ini yang memperkaya kulit dengan pelembapan yang intensif.

Setelah anda memiliki asas-asas ini, jangan ragu untuk mula mengembangkan rutin penjagaan kulit anda dengan menambah produk seperti ARTISTRY Hydrating Eye Gel Cream, rangkaian IDEAL RADIANCE dan SIGNATURE SELECT Personalized Serum dan banyak lagi, untuk menangani kebimbangan khusus seperti garis-garis halus di sekitar mata, pigmentasi atau kekusaman. Lagipun, kuncinya di sini ialah untuk mempunyai rutin penjagaan kulit yang tidak membimbangkan yang memberikan kulit yang cantik dan sihat kepada anda.