Apabila berhadapan dengan norma baharu, antara perkara pertama yang perlu diubah ialah tingkah laku makan kita. Contohnya, makan bersih kadangkala sukar apabila anda bekerja hanya beberapa langkah dari pantri atau peti sejuk. Dalam keadaan stres, makanan rapu boleh dirasakan seperti satu cara untuk melegakan stres.
Badan anda mungkin inginkan makanan tinggi kalori dan tinggi gula pada masa-masa seperti ini. Dengan kata kata lain, anda mungkin mendapati diri anda lebih kerap makan makanan rapu secara lewah. Memburukkan lagi keadaan, stres juga boleh menyebabkan peningkatan paras kortisol di dalam badan, yang meningkatkan selera makan anda.
Jangan risau. Berikut ialah beberapa petua untuk mengelakkan makan ketika stres dan mengekalkan bentuk badan untuk musim perayaan yang bakal tiba:
Tetapkan jadual makan
Menetapkan rutin yang konsisten untuk sajian dan snek harian anda membantu memastikan tabiat pemakanan anda terkawal. Mematuhi rutin ini akan mengelakkan anda daripada makan tanpa berfikir sepanjang hari. Cuba 4 petua ini untuk sebagai permulaan:
Kekal terhidrat
Ingat untuk kekal terhidrat adalah penting. Untuk memudahkannya, letakkan segelas air, sekoleh teh atau minuman kegemaran lain di atas meja semasa anda bekerja supaya anda boleh minum dengan kerap sepanjang hari. Apabila mengisi gelas anda, cuba elakkan minuman bergula atau mengandungi pemanis tiruan. Minuman sebegini boleh menjejaskan selera semula jadi anda.
Untuk menjadikan minuman anda lebih menyeronokkan, cuba tambah buah-buahan segar atau perisa rendah kalori. Nutrilite PhytoPOWDER didatangkan dalam tiga perisa yang lazat – Oren, Lemon and Ceri – masing-masing dengan manfaat kesihatannya sendiri; cubalah semuanya.
Ingin mengawal selera makan dan membakar lemak secara semula jadi pada masa yang sama? Minumlah Bes Minuman Buah Oren Darah Dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE sebelum makan atau sebelum bersenam. Ia mengandungi Ekstrak Oren Darah Moro, yang terbukti secara klinikal boleh menambah baik komposisi badan1, mengurangkan berat badan dan BMI1 serta mengurangkan ukur lilit pinggang dan pinggul1. Isomaltulosa membekalkan tenaga berterusan2, menyokong badan anda lebih lama berbanding gula2 lain dan memberikan rasa kenyang lebih lama3. Selain itu, L-Glutamina meningkatkan tisu badan tanpa lemak dan penghidratan tisu otot untuk mengurangkan keletihan otot4 dan menggalakkan kekuatan dan pemulihan otot5 – sesuai untuk senaman pantas antara mesyuarat.
Bezakan antara lapar emosi dan lapar sebenar
Apabila anda cuba mengelakkan makan ketika stres, pastikan anda memahami apa yang badan anda benar-benar perlukan – bukan sekadar apa yang ia mahu. Sebelum anda mengambil snek, tanya diri anda sama ada anda benar-benar lapar. Adakah perut anda berbunyi? Jika tidak, mungkin anda hanya rasa stres atau bosan.
Apabila anda duduk untuk makan, cipta suasana supaya anda boleh menikmati dan fokus pada makanan. Singkirkan gangguan dengan menyimpan telefon dan komputer riba anda. Letakkan kutleri di antara suapan dan dengar isyarat badan tentang berapa banyak yang anda perlu makan. Berhenti makan apabila anda rasa kenyang.
Simpan makanan sihat di dalam peti sejuk dan sediakan makanan anda
Dapatkan pelbagai pilihan makanan tidak diproses seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan daging tanpa lemak supaya anda boleh menyediakan makanan dan snek yang berkhasiat. Setelah semua ini tersedia, penyediaan makanan menjadi mudah. Merancang sajian dan snek harian adalah cara terbaik untuk mengelakkan pengambilan snek yang tidak diingini pada waktu siang kerana anda tahu satu lagi sajian enak sedang menanti anda.
Menyediakan snek yang mudah dan baik untuk anda sebagai kudapan di antara waktu makan membantu mengekalkan tenaga semasa bekerja. Ini boleh jadi hirisan buah-buahan segar, segenggam lobak merah atau batang saderi atau sepaket Campuran Kacang Panggang Vergold: sedap, rangup dan sangat sesuai untuk kudapan tengah hari.
Jangan bekerja berhampiran dengan pantri
Letakkan meja kerja anda di ruang yang jauh dari pantri. Dengan cara itu, anda tidak akan menyerah kepada godaan untuk pergi ke sana selepas membaca e-mel. Cuba tetapkan had untuk diri sendiri dan hanya pergi ke pantri apabila anda mahu menikmati salah satu sajian atau snek yang telah dirancang.
Jangan beli makanan rapu
Mudah: Jika anda tidak boleh mendapatkannya, anda tidak akan memakannya. Jangan isi pantri dengan makanan rapu yang cenderung anda makan apabila bosan. Berhati-hati terhadap makanan yang mungkin mencetuskan makan lewah. Jika anda mempunyai kelemahan terhadap sesuatu, jangan beli di kedai.
Mengelakkan makan ketika stres mungkin sukar pada mulanya. Tetapi ini semua tentang mengamalkan penjagaan diri dan kesihatan yang baik. Dengan sedikit perancangan dan penyediaan makan, anda akan terbiasa dengan tabiat sihat ini.
Layari Amway.my untuk lebih banyak produk untuk membantu anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat hari ini!
Layari Amway.my untuk lebih banyak produk untuk membantu anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat hari ini!
Rujukan: