Floating Icon
05 JUL 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 565 LIHAT 41 BERKONGSI

Memperkenalkan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Teh Susu) yang serba baharu.

Anda sedang mencari alternatif yang lebih sihat untuk memenuhi keinginan minum teh susu pada waktu tengah hari dan malam?Tidak perlu mencari lagi kerana Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Teh Susu) ada di sini untuk menyelamatkan keadaan! Padat dengan nutrient penting seperti protein, serat, vitamin dan mineral, minuman kocak ini menjadi alternatif yang sihat kepada teh susu biasa, jadi supaya anda boleh mencapai tubuh idaman tanpa mengorbankan keinginan anda!

Ia mengandungi sehingga 2x kurang kalori, 3x kurang gula, 5x lebih serat dan 9x lebih protein daripada teh susu biasa, menjadikannya pilihan pengganti makanan yang ideal untuk individu yang mementingkan kesihatan.Sama ada anda menguruskan berat badan atau tidak, berikut ialah 6 sebab mengapa Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Perisa Teh Susu) ialah pilihan yang lebih sihat berbanding dengan teh susu biasa.

Kandungan Kalori yang Rendah

Berbanding dengan teh susu biasa yang mengandungi kira-kira 400 kalori, minuman kocak pengganti sajian ini hanya mengandungi 205 kalori (apabila dicampur dengan air)! Ini menjadikannya opsyen pengganti sajian yang ideal untuk mereka yang cuba menguruskan berat badan mereka, kerana ia membantu mengurangkan pengambilan kalori sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan berat badan yang berkesan. Selain itu, minuman kocak ini memastikan anda tidak kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Kurang Kandungan Gula

Minuman kocak pengganti sajian ini mengandungi 3x kurang gula berbanding teh susu biasa, menjadikannya opsyen yang lebih baik untuk mereka yang mengawal pengambilan gula. Gula dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan minuman rendah gula adalah aspek penting dalam diet yang seimbang dan sihat, dan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Teh Susu) ialah pengganti yang baik untuk itu.

Jumlah Serat yang Lebih Tinggi

Mengandungi 5x lebih serat daripada teh susu biasa, ia akan bertindak dengan bakteria semula jadi di dalam usus anda dan membantu meningkatkan pencernaan. Selain itu, serat membantu membuat anda kenyang lebih lama dan juga membantu dalam mengurus dan mengawal paras gula dalam darah.

  

Lebih Protein

Protein terbitan soya kami ialah makronutrien penting yang diperlukan oleh tubuh anda. Minuman kocak pengganti sajian ini dirumus dengan 9x lebih protein daripada teh susu biasa, untuk membantu tubuh anda memelihara otot tanpa lemak, di samping membantu memuaskan keinginan anda dan menahan rasa lapar. Ini bermakna kurang makan ketika stres!

Selain itu, protein soya kami melalui proses kebolehjejakan 9 langkah yang ketat. Baca semua tentangnya di sini.

Nilai Pemakanan yang Tinggi

Padat dengan 22 vitamin dan mineral penting, minuman kocak ini memenuhi 1/3 keperluan pemakanan harian supaya tubuh anda boleh melaksanakan fungsi hariannya pada tahap optimum. Selain itu, minuman kocak ini mengandungi sifar lemak trans serta gula dan natrium yang rendah, menjadikannya sajian yang seimbang, dengan nutrisi lengkap di samping mengawal pengambilan kalori.

Bahan Semula Jadi Sepenuhnya

Minuman kocak ini dibuat dengan bahan-bahan semula jadi sepenuhnya dan 100% bebas pewarna, perisa dan pengawet tiruan. Ia juga dibuat dengan bahan bukan GMO, disahkan halal dan mesra vegetarian.

Anda sudah bersedia untuk membuat pilihan yang lebih sihat hari ini dan beralih kepada Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Teh Susu)? Pesan satu hari ini!

Anda sudah bersedia untuk membuat pilihan yang lebih sihat hari ini dan beralih kepada Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey By Nutrilite (Teh Susu)? Pesan satu hari ini!