Adakah seluar jeans anda terasa ketat kerana anda asyik menjamu selera dengan tat nanas dan minuman ringan pada musim perayaan ini? Adakah anda sedang mencari penyelesaian pantas untuk menurunkan berat badan?
Terimalah hakikat. Kita semua pernah mengalaminya. Perut semakin buncit dan anda tergoda untuk membuat jus atau mencuba diet nyahtoksik yang terkini. Tetapi tahukah anda jenis diet ini boleh menjejaskan tubuh anda? Sebenarnya, diet kilat bukan sahaja tidak memberikan hasil jangka panjang, ia boleh membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan pada kesihatan anda.
Persamaan kebanyakan diet kilat ialah ia sangat terbatas. Ada yang mencadangkan agar menyekat hampir semua karbohidrat. Yang lain pula mengesyorkan agar menyingkirkan semua lemak, walaupun lemak yang sihat. Kemudian ada yang memberitahu agar fokus untuk makan satu kumpulan makanan sahaja.
Pendekatan yang tidak seimbang terhadap pemakanan ini boleh menjadikan tubuh anda kekurangan nutrisi. Diet yang baik mengandungi gabungan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein, lemak yang sihat dan suplemen.
Sebab orang kehilangan berat badan pada permulaan diet kilat adalah kerana mereka kurang makan.
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat mengekalkan cara makan yang terbatas itu. Jadi, berat badan kita meningkat semula kerana kita tidak belajar cara untuk makan dengan betul sejak mula.
Penyelesaian penurunan berat badan bukannya satu untuk semua. Untuk mencapai dan mengekalkan matlamat penurunan berat badan, penting untuk menggunakan strategi yang paling sesuai dengan gaya hidup seharian anda."
Kerry Grann, Saintis Penyelidikan Utama Amway yang mengkaji produk dan program BodyKey.
Kebanyakan orang yang berjaya menurunkan 10% berat badan mereka melalui diet kilat akhirnya ia akan meningkat semula dengan lebih banyak.
Terlepas Pandang Tentatng Pergerakan
Jangan lupa untuk bersenam! Ia semudah menambah berjalan di sekitar pejabat ke dalam rutin anda, memilih untuk menggunakan tangga bukannya lif atau meletak kereta lebih jauh.
Purata Kalori Yang Diperlukan Untuk Gaya Hidup Sedentari
Lelaki 2,000 – 2,600 kcal
Wanita 1,600 – 2,000 kcal
Kunci kejayaan penurunan berat badan ialah mencari pelan yang berkesan dalam jangka panjang dan sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda. Cari program berasaskan sains dan nutrisi yang mantap serta mengambil pendekatan holistik – memasukkan pelan untuk pemakanan sihat dan gaya hidup aktif berdasarkan faktor peribadi anda, bukannya pendekatan satu untuk semua.
BodyKey by Nutrilite™ membantu anda menetapkan matlamat penurunan berat badan yang boleh dicapai dan menggunakan strategi yang telah terbukti untuk membantu anda menentukan pendekatan yang terbaik untuk anda.
BodyKey by NutriliteTM mengambil pendekatan menyeluruh terhadap pengurusan berat badan. Dan ia bermula dengan produk BodyKey seperti minuman kocak pengganti sajian (yang terdapat dalam tiga perisa yang lazat). Untuk hasil yang optimum, BodyKey juga menyediakan program dan cabaran untuk membantu anda dalam perjalanan pengurusan berat badan anda, bersama dengan Aplikasi BodyKey (boleh didapati pada iOS dan Android).
Oleh itu, apabila anda mendengar tentang diet kilat terkini selepas ini, ketahuilah bahawa tubuh anda berhak mendapat makanan, senaman dan penjagaan diri yang baik supaya anda boleh fokus untuk membina gaya hidup yang sihat. Perubahan yang kecil dan konsisten dalam rutin anda boleh memberi kesan yang besar pada kejayaan anda!