Floating Icon
23 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 2321 LIHAT 58 BERKONGSI

Kekal Sihat & Hebat dengan Suplemen untuk Ibu yang Luar Biasa

Kepada semua MAMA yang cantik di luar sana! Anda rajin, penyayang dan cukup kuat untuk menggoncang dunia. Setiap hari, anda membahagikan masa antara kerjaya, keluarga, anak-anak dan hubungan dengan lancar sambil memastikan insan di sekeliling anda gembira.

Tetapi masalahnya, adakalanya kesibukan menjaga orang tersayang boleh menjejaskan kesihatan sendiri jika anda tidak menjaga diri.

Tahukah anda bahawa ibu yang mempunyai dua anak dan bekerja sepenuh masa mengalami 40% lebih banyak tekanan berbanding wanita yang bekerja sepenuh masa tetapi tidak mempunyai anak?

Sumber: British Sociological Association journal, Sociology


Tekanan boleh muncul sebagai penyakit fizikal seperti masalah pencernaan, kenaikan berat badan dan penurunan keimunan. Dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup anda, memang sukar untuk menjaga diri sendiri. Itulah sebabnya kami memberitahu tentang 3 produk Nutrilite yang penting untuk anda agar anda boleh terus pergi ke luar sana dan memanfaatkan sepenuhnya hari anda!


Sayangi Perut Anda dengan Mixed Probiotic with Chicory Root Extract

Mixed Probiotic with Chicory Root Extract 750.jpg

Wanita lebih cenderung mengalami gejala ketakcernaan dan gastrik berbanding lelaki dan kemungkinan itu meningkat apabila kita semakin tua. Antara penyebab ketakcernaan yang biasa termasuk bakteria usus toksik, makanan berminyak dan pedas serta tahap tekanan yang tinggi.

Mengambil probiotik setiap hari membantu melawan bakteria usus toksik dan memastikan perut anda kuat agar anda boleh terus makan makanan yang anda gemari. Mixed Probiotic with Chicory Root Extract ialah probiotik yang berkesan lagi berkuasa. Setiap pek batang yang mudah diambil ini padat dengan kebaikan yang membekalkan 5 strain probiotik dengan 6.3 bilion bakteria baik yang melekat pada dinding usus anda untuk menghentikan pertumbuhan bakteria jahat. Selain itu, ekstrak akar cikori menyokong pertumbuhan bakteria baik agar anda dan usus anda kekal sihat.


Tangani Berat Badan dengan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey

BK Meal Replacement Shakes 750.jpg

Tahukah anda bahawa melangkau sajian akan menyebabkan berat badan anda meningkat dalam jangka panjang? Apabila kita lapar, kita cenderung inginkan makanan bergula yang menyebabkan kenaikan berat badan. Itulah sebabnya penting untuk makan tepat pada masanya dan makan makanan yang sihat. Tetapi kadangkala sukar bagi seseorang wanita mencari masa untuk bernafas, apatah lagi makan.

Ambil Minuman Kocak Pengganti Sajian dan dapatkan semua nutrien, serat, vitamin dan mineral anda dalam minuman yang ringkas. Dibuat tanpa perisa, pewarna, pemanis tiruan atau pengawet, minuman kocak pengganti sajian ini akan membuatkan anda kenyang dan bertenaga serta membolehkan anda menguruskan berat badan.


Tiada Rasa Bimbang dengan Mixed Fiber Powder

Mixed Fiber Powder 750.jpg

Walaupun memalukan untuk diakui oleh sesetengah wanita, sembelit ialah masalah yang menyakitkan dan dihadapi oleh hampir 35% rakyat Malaysia. Pembuangan air besar yang lemah adalah tanda keimunan yang lemah, jadi mengambil serat yang cukup dalam diet harian anda penting untuk mengatasi sembelit.

Mixed Fiber Powder ialah serbuk tidak kasar, tanpa rasa dan larut serta-merta dalam sebarang makanan atau minuman. Diperbuat dengan campuran tiga serat dan juga mengandungi ciri-ciri prebiotik, setiap pek batang mengandungi 4.5g serat larut – jadi anda hanya perlukan satu pek setiap hari untuk kesihatan pencernaan dan pembuangan air besar yang lebih tetap.

Mama semua, kami tahu anda tiada masa untuk mengutamakan kesihatan. Itulah sebabnya kami mencadangkan alternatif yang lebih mudah dan lebih sihat untuk gaya hidup yang sememangnya sibuk. Anda hanya perlu menambahkan satu pek batang Fiber Powder dan Mixed Probiotic ke dalam Minuman Kocak Pengganti Sajian dan/atau Minuman Protein Soya anda dan semuanya disatukan untuk makanan atau minuman yang lengkap dan berkhasiat. Kami mungkin tidak boleh membantu mengasuh anak anda tetapi kami boleh memberikan lebih banyak tenaga agar anda boleh meluangkan masa untuk perkara-perkara yang lebih penting😊


Sumber: