Kelahiran bayi adalah detik yang menggembirakan namun ia juga disertai dengan berjaga malam dan perkara-perkara kecil yang membuat anda risau seperti yang dialami oleh mana-mana ibu bapa baru. Salah satunya ialah ruam lampin. Kebanyakan ibu bapa menghadapi satu atau lebih banyak episod ruam lampin dengan bayi mereka pada suatu ketika.
Ruam lampin ialah ruam yang biasanya muncul pada punggung bayi. Biasanya ia bermula dengan ruam ringan tetapi jika tidak diirawat segera, ia akan berlanjutan dan menjadi serius. Keadaan ini sangat tidak selesa dan menyakitkan bagi bayi kerana kulitnya yang halus dan lembut menjadi terengsa dan pedih. Dalam kes yang serius, kulit bayi melepuh dan luka yang meninggalkan kesan darah pada lampin.
Ada pelbagai sebab ruam lampin berlaku. Penyebab yang paling biasa ialah akibat lampin kotor yang tidak ditukar terlalu lama. Air kencing atau najis bayi mengandungi perengsa dan enzim yang dikumuhkan secara semula oleh tubuh yang sihat. Bahan kumuh ini melembutkan dan melemahkan lapisan luar kulit yang menjadikannya lebih rentan terhadap bakteria yang menyebabkan kemunculan ruam.
Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Faktor yang paling penting untuk meminimumkan ruam lampin adalah mencegahnya daripada menjadi lebih teruk. Pastikan kulit bayi bersih dan kering, jadi sebaik-baiknya tukar lampin secepat mungkin setelah bayi mengotorkannya.
Apabila menukar lampin, ada beberapa perkara yang harus diperhatikan. Punggung bayi harus dibersihkan dengan air dan kapas atau tisu basah tanpa haruman sebelum dilap dengan tuala lembut sehingga kering. Selain itu, sapu sedikit krim pada kulit bayi untuk melindunginya daripada kerengsaan.
Sekali-sekala, biarkan punggung bayi anda terdedah kepada udara di atas tuala lembut yang kering kerana ini membolehkan kulitnya bernafas. Selain itu, pertimbangkan untuk menukar lampin pakai buang dengan lampin kain. Hari ini, ramai ibu bapa lebih gemar menggunakan lampin kain seperti Lampin Kain Lovely World kerana ia menjimatkan, boleh digunakan semula, lebih baik untuk bayi dan juga mesra alam.
Lampin Kain Lovely World diperbuat daripada bahan serat mikro buluh organik semula jadi dan bebas alergi yang lembut pada kulit bayi dan mengandungi perlindungan antibakteria.
Tersedia dalam dua warna, lampin ini berbaloi dengan harganya kerana cerut elastik satu saiz untuk semua bermaksud anda boleh melaraskannya apabila bayi anda semakin membesar. Bermula dengan ukuran S (3kg) dan gunakannya sehingga anak anda sudah belajar ke tandas dengan saiz XL (18kg) sebagai ukuran terakhir.
Bukan itu saja, lampin kain ini menyerap dan kalis air namun cukup selesa untuk membolehkan penyejatan peluh. Set lampin merangkumi 1 penutup lampin kain, 1 alas lampin biasa dan 1 alas lampin semalaman.