01 JUN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 1574 LIHAT 60 BERKONGSI

Sayangi Kulit Anda Dengan Botani Hebat Ini

Prolonged_sun_exposure.jpg

Kulit ialah organ terbesar dalam tubuh. Betul! Kulit ialah organ dan seperti semua organ lain dalam tubuh anda, ia memerlukan penjagaan dan perlindungan yang sempurna dari dalam dan luar. Kerosakan kulit boleh disebabkan oleh banyak perkara, termasuk:

    • Pendedahan matahari yang berpanjangan
    • Pendedahan kepada sinaran UV
    • Kurang tidur
    • Tekanan
    • Perkembangan semula jadi penuaan

    Penjagaan kulit bukan sekadar luaran sahaja. Tanda-tanda kerosakan kulit boleh muncul dalam beberapa cara:

      • Tompok gelap
      • Garis halus (kedutan di sudut luar mata dan garis ketawa)
      • Tona kulit tidak sekata
      • Kekenduran
      • Kekeringan
      • Kemerahan
      • Sensitiviti
      • Kekusaman
      • Jagat

      Selain mengikuti rutin penjagaan kulit yang menyeluruh dengan pembersih, penyegar, pelembap, pelindung matahari dan serum, ada cara lain untuk menjaga kulit anda. Salah satu sebab utama kulit anda tewas kepada faktor luaran dan kerosakan adalah disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ialah atom jahat tidak stabil yang menyebabkan tekanan oksidatif pada sel kulit anda.

      Cara terbaik untuk memerangi kesan negatif tekanan oksidatif ialah membina keimunan tubuh anda dengan antioksidan. Pengambilan berterusan ialah cara terbaik, jadi makanlah banyak-banyak! Menyuburkan tubuh anda dengan makanan yang kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat, termasuk tetapi tidak terhad pada:

      Betik

      Sebagai makanan unggul, betik kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang memerangi kerosakan radikal bebas. Ia juga merupakan salah satu agen antiradang semula jadi yang terbaik. Betik, sama ada sebagai ekstrak, masker atau dimakan, adalah bagus untuk mengelupas dan merangsang keanjalan kulit anda.


      Beri

      Keluarga beri bukan sahaja terkenal dengan rasa dan warna yang hebat, tetapi juga banyak manfaat untuk kesihatan anda. Beri ialah buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan mesra kulit yang pasti akan menambahkan keserian pada kulit anda.


      Delima

      Selain kandungan vitamin C yang tinggi, delima mengandungi punicalagin, yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit anda.


      Vital_Treasures_ROSYSHINE_Botanical_Beverage_Berries_Rose_Petal_Extract_&_Grape_Seed_Extract.jpg

      Memperkenalkan Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures

      Minuman botani sedia diminum daripada Vital Treasures, suplemen baharu ini diperbuat dengan bahan tumbuhan sepenuhnya yang kulit anda perlukan untuk kembali bersinar.

      Kaya dengan vitamin dan mineral daripada 7 jenis pati beri campuran, ia tinggi dengan antioksidan untuk melawan pengoksidaan dan radikal bebas untuk manfaat antipenuaan. Vitamin A, C dan E meningkatkan pengeluaran kolagen. Pada masa yang sama, Ekstrak Bunga Mawar terpaten Jepun menambah baik keanjalan kulit dan mengurangkan pigmentasi, manakala Ekstrak Biji Anggur mengandungi 95% oligomeric proanthocyanidin untuk kulit yang lebih cerah.

      Ucapkan helo kepada kulit yang lebih cerah dengan seri kemerah-merahan yang sihat!


      Ketahui lebih lanjut tentang Minuman Botani Beri, Ekstrak Bunga Mawar & Ekstrak Biji Anggur ROSYSHINE Vital Treasures di Amway.my