Floating Icon
23 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1820 LIHAT 76 BERKONGSI

Campur Padan Masker Muka Anda

Sertai keseronokan sapuan berbilang masker dengan ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks!

ARTISTRY sedang membawa pemeribadian ke suatu tahap yang baru dengan sapuan berbilang masker. Ringkasnya, sapuan berbilang masker bermakna menggunakan berbilang masker di pelbagai zon pada wajah anda pada masa yang sama.

Contohnya, anda memerlukan masker yang khusus untuk kawasan berminyak seperti zon-T berbanding masker yang kaya lembapan untuk kawasan yang lebih kering seperti pipi anda. Jadi, memang wajar untuk memakai masker yang betul bagi setiap zon.

Pendekatan satu untuk semua sudah tidak sesuai lagi pada hari ini. Mengapa berpuas hati dengan hanya satu masker untuk seluruh wajah anda apabila anda boleh memperoleh manfaat penjagaan kulit sehingga 5 masker pada masa yang sama?

750x400_SignatureSelect_Mask.jpg

Anda cuma perlu pilih daripada rangkaian SIGNATURE SELECT Masks kami yang menyeluruh – Purifying (Membersihkan), Brightening (Mencerahkan), Hydrating (Menghidratkan), Firming (Memejalkan) dan Polishing (Melicinkan). Diseduh dengan bahan kandungan yang bersumber daripada Nutrilite, setiap masker adalah rawatan yang benar-benar mewah dengan warna, tekstur dan harumannya yang tersendiri.

Tunjukkan Berbilang Masker Anda

Sapuan berbilang masker bukan sahaja mudah tetapi ia juga menawarkan kebebasan untuk gabung padan – dengan kata lain, cipta kombinasi anda sendiri mengikut keperluan kulit wajah anda. Inilah masanya untuk berehat dan memanjakan kulit anda.

Hanya gunakan masker yang sesuai di kawasan muka yang betul, bersihkan selepas 7 minit dan tugas anda selesai! Sememangnya, memakai berbilang masker begitu menyeronokkan dan kelihatan menarik bila anda berswafoto ketika memakainya!

Jadi, tunggu apa lagi? Serlahkan kreativiti anda dan cubalah sapuan berbilang masker. Berikut adalah 2 ‘resipi’ sapuan berbilang masker untuk membantu anda memulakannya.

Sebaik sahaja anda sudah tahu memakainya, beranikan diri untuk mencuba dan mencipta sapuan berbilang masker anda sendiri. Jangan lupa untuk berkongsi resipi anda dengan rakan-rakan. #ARTofMultiMasking

Hydrating Purifying Mask Mask Combo Good Skin

Keseimbangan Yang Tepat

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Hydrating Mask + ARTISTRY SIGNATURE SELECT Purifying Mask

Kulit yang muda biasanya mengalami pengeluaran minyak yang berlebihan terutamanya di kawasan Zon-T dan juga kering akibat terdedah kepada cuaca yang teruk. Kombinasi ini membantu mengekalkan Zon-T agar tidak berminyak dengan menyerap sebum yang berlebihan, menarik keluar kotoran kulit dan akhirnya menjadikan kulit terhidrat dan segar semula dengan kelembapan yang tahan lama.

Brightening Firming Face Mask combo

Memperbaharui & Mencergaskan Semula

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Firming Mask + ARTISTRY SIGNATURE SELECT Brightening Mask

Semakin usia kita meningkat, kulit kita akan mengalami kedutan, menjadi kendur dan kelihatan semakin kusam. Kombinasi ini membantu memejalkan kulit dengan membekalkan sejumlah oksigen dan nutrien yang optimum kepada kulit melalui peredaran mikro, serta mengelupaskan dan mencergaskan semula kulit untuk memancarkan keserian wajah yang sempurna.