Mengimbau kembali trend solekan 10 tahun lalu, kita pasti telah menyaksikan beberapa peristiwa.
Di kala tahun-tahun awal Abad ke-21 yang bergelora semakin pudar dalam ingatan kita, inilah masanya untuk memikirkan apa yang mungkin akan kita dihadapi dalam dekad akan datang untuk “mendapatkan penampilan yang diingini”.
Kami tanyakan pendapat Rick DiCecca, Pengarah Kreatif Rekaan Solekan ARTISTRY tentang apakah trend yang mungkin menguasai industri dalam 10 tahun akan datang.
Trend solekan dan kecantikan secara amnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Satu perkara yang Rick perhatikan di sepanjang 10-15 tahun yang lalu ialah pengaruh yang jelas daripada populariti persembahan ‘drag’ seperti Drag Race RuPaul.
“Kami lihat ramai orang cuba mengkontur, memakai solekan tebal dan barang kemas,” kata Rick.
“Walaupun ia menyeronokkan bagi kebanyakan wanita untuk setanding dengan keluarga Kardashian, saya rasa wanita yang mempunyai kehidupan sebenar tidak mahu menghabiskan banyak masa untuk membentuk semula wajah mereka dan memiliki kontur yang ketara."
Politik boleh juga mempengaruhi gaya yang menjadi trend masa kini, kata beliau.
“Ketika iklim politik tegang dan tidak semua orang sehaluan, Kita cenderung untuk mencari perkara berkaitan kecantikan yang menggembirakan dan menghiburkan kita,” ujar Rick. “Apabila orang ramai merasa lebih selesa dengan apa yang berlaku di dunia, mereka mula merasa lebih selesa menjadi diri mereka sendiri.”
Ketepikan politik, Rick mengatakan bahawa trend bagi tahun-tahun akan datang kian bergerak jauh daripada hiasan dan gaya dramatik seperti mata yang berkilau-kilauan atau kelabu asap dan penggaris mata grafik dalam gaya avant garde.
“Kebanyakannya akan hilang,” kata beliau. “Wanita inginkan kulit mereka kelihatan hebat dan seolah-olah seperti kulit, mereka inginkan mata mereka jelas dan bibir mereka yang menyerlahkan warna semula jadi.
“Ini dapat disaksikan dengan jelas sekali dalam pertunjukan ‘couture’ di beberapa musim yang lalu.”
Jadi, apa yang akan kita lihat?
Mata kelabu asap dan penggaris mata grafik tidak akan luput sepenuhnya dek zaman, tetapi Rick melihat satu peralihan ke arah mata yang diperjelaskan secara semula jadi serta bulu mata panjang yang sihat.
“Kita perlahan-lahan akan kembali kepada mata yang diperjelaskan dengan lembut,” beliau berkata.
Pada awal tahun 2000-an, trend kening telah beralih daripada kening besar dan tebal kepada gaya yang lebih nipis – terlalu banyak dicabut, kata Rick. Kemudian ia beralih kepada kening yang terlalu dibentuk, termasuk beberapa pembentukan kening yang tidak masuk akal.
“Kini, kita akan mula menyaksikan lebih banyak kening semula jadi, kening yang gebu,” kata Rick. “Ia kurang berstruktur.”
Beliau melihat kebanyakan wanita beralih jauh daripada apa yang dianggap prosedur yang invasif, seperti penggunaan lilin, benang dan pencabut bulu kening.
“Kebanyakan wanita memilih kening yang semula jadi.”
Rick berkata, peralihan daripada pengkontur yang ketara dan pemerah pipi yang terang akan berlaku apabila wanita memilih gaya lembut yang berseri-seri.
“Kita akan menyaksikan pipi kemerah-merahan yang semula jadi dan dimerahkan dengan lembut,” ujar beliau.
Akan sentiasa ada acara yang sesuai untuk bibir yang merah terang dan “kemasan warna bibir akan tampil menonjol,” kata Rick.
Tetapi beliau juga melihat trend yang bergerak ke arah bibir pusam dalam rona-rona ‘nude’ yang menonjolkan warna semula jadi wanita.
“Bibir yang mongel dan tidak semestinya dioles berlebih-lebihan,” kata beliau.
Rick berkata, kira-kira 10 tahun lalu banyak syarikat alat solek mempunyai tema biru. Beliau melihat trend itu muncul kembali.
“Beberapa syarikat mungkin akan memulakan tema biru tetapi tidak dalam cara yang tidak masuk akal,” kata beliau. “Terutamanya memandangkan warna tahunan Pantone bagi 2020 ialah Biru Klasik. Anda akan menyaksikan pengaruh seperti itu.”
Keseronokan akan muncul dalam beberapa tahun ini tetapi Rick melihat kebanyakan wanita ingin tampil dalam versi yang lebih baik.
“Mereka tidak ingin kelihatan seperti orang lain, mereka ingin kelihatan seperti diri mereka sendiri,” kata beliau. “Mereka ingin menonjolkan sifat positif mereka.”
“Salah satu perkara yang dilakukan dengan amat baik oleh ARTISTRY ialah mengambil trend yang sesuai dipakai,” kata beliau. “Kami telah memberikan kepada wanita produk yang boleh digabungkan dan digunakan untuk mendapatkan gaya penampilan itu. Tetapi yang paling penting, kami inginkan orang ramai bebas untuk menjadi diri mereka sendiri.
“Semuanya tentang personaliti dan keyakinan serta perkara-perkara yang menjadikan seorang wanita itu cantik; bukannya trend yang diikuti.”
Ingin meneroka produk ARTISTRY untuk melihat bagaimana penampilan anda dalam versi yang lebih baik? Muat turun aplikasi ARTISTRY Virtual Beauty untuk iOS® atau Android®