Floating Icon
18 DEC 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1186 LIHAT 14 BERKONGSI

Mesti Ada Semasa Musim Perayaan Dengan Noxxa & Philips

Semasa perayaan, rumah akan dipenuhi dengan aroma sajian tempatan yang dihidang panas, suara tetamu yang bertandang dan yang lebih penting, menikmati sajian lazat! Untuk memastikan anda membuat persediaan awal dari segi makanan dan mengemas rumah, mengapa tidak melihat-lihat produk kami yang menjimatkan masa dan fikirkan bagaimana ia akan memudahkan persiapan perayaan anda?


Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker 3


Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa

Masak perlahan, stim atau goreng kilas sajian anda menggunakan periuk yang sama! Periuk tekanan yang dinaik taraf ini mempunyai pilihan menu praset automatik yang menjadikan tugas memasak lebih mudah! 

Ia juga mempunyai paparan LED baru dengan butang yang menyala dan membolehkan makanan kekal panas sehingga 12 jam. Pilih antara tekanan tinggi atau rendah dan masak sajian anda sehingga 4 jam di dalam periuk tidak melekat 8 liter.


Noxxa BreadMaker Oven Toaster 3


Oven Pembuat Roti Noxxa

Bakar kek atau gril daging menggunakan fungsi oven, uli doh dan buat roti menggunakan fungsi roti atau bakar snek dan sajian kegemaran anda menggunakan fungsi oven pembakar dengan oven 3 dalam 1 ini! Sangat sesuai untuk mereka yang sering memasak dan juga yang baru bermula, pembuat roti pelbagai fungsi ini didatangkan dengan paparan LCD naik taraf yang besar dengan lampu oven agar mudah memeriksa masakan dan mesra pengguna.

Musim perayaan tiba lagi dan ini bermaksud rumah akan dipenuhi dengan aroma sajian tempatan yang dihidang panas, suara tetamu yang bertandang dan yang lebih penting, menikmati sajian lazat! Untuk memastikan anda membuat persediaan awal dari segi makanan dan rumah, mengapa tidak melihat-lihat produk kami yang menjimatkan masa dan fikirkan bagaimana ia akan memudahkan persiapan perayaan anda?


Philips Airfryer 3


Philips Airfryer

Airfryer yang menggoreng makanan dengan sedikit atau tanpa minyak, menggril, memanggang dan juga membakar? Peralatan yang mesti ada di kaunter dapur ini merupakan pembantu yang boleh dipercayai apabila hendak menjamu tetamu yang datang pada musim perayaan nanti!

Menggunakan teknologi Penyingkiran Lemak, Airfryer mengasingkan dan mengumpul lemak berlebihan. Nikmati makanan lazat yang garing di luar, lembut di dalam dengan rasa maksimum dan lemak minimum. Ia juga didatangkan dengan aksesori dulang gril PERCUMA dan membolehkan anda menukar bakul dengan dulang gril dengan mudah untuk menyajikan makanan yang lazat!


Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron 3


Seterika Penjana Stim PerfectCare Performer Philips GC8755

Gayakan pakaian yang kemas dan rapi dengan bantuan Seterika Penjana Stim PerfectCare Performer Philips GC8755 yang didatangkan dengan teknologi optimal TEMP. Ciri ini membolehkan anda menyeterika sebarang pakaian dari sutera hingga linen, kapas, jean dan kashmir tanpa perlu melaraskan suhu.

Seterika pada bila-bila masa sepanjang hari kerana ia membebaskan stim yang senyap namun sangat berkuasa menggunakan Teknologi Stim Senyap. Seterika ini juga didatangkan dengan fungsi penyahkerakan dan pembersihan dengan bekas penyahkerakan yang disediakan untuk memudahkan anda.