Selama 90 tahun, Nutrilite diberikan penghormatan untuk menyokong anda mencapai kesihatan optimum dan membantu insan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik.
Ketika Nutrilite terus berevolusi, kami berusaha untuk terus menyediakan produk yang tulen, selamat dan berkesan. Oleh itu, sila maklum bahawa logo dan label produk Nutrilite akan dikemas kini untuk menampilkan konsep yang ringkas dan lebih bersih yang mencerminkan kemajuan kesihatan dan bahan-bahan semula jadi dalam produk kami.
Reka bentuk daun hijau segar kami melambangkan hubungan erat dengan alam semula jadi dan sains yang menjadi simbol kebebasan dan pertumbuhan. Melepaskan diri daripada kekangan, ia berkembang dengan bertenaga, selaras dengan inti pati mujarab botani semula jadi dengan inovasi teknologi yang terdapat dalam produk Nutrilite.
Seiring dengan lambang yang disegarkan semula ini, kami menggunakan fon huruf kecil untuk membangkitkan kemesraan dan mudah didekati.
Inilah masanya untuk mengalu-alukan Nutrilite sebagai teman kesihatan anda yang dipercayai!
Etos jenama kami berkisar pada mengharmonikan kualiti alam semula jadi dengan ketepatan inovasi saintifik.
Dengan pendekatan reka bentuk kontemporari, semula jadi dan bergaris arus, kami sangat teruja untuk memperkenalkan estetika segar yang bukan sahaja memukau mata tetapi juga melambangkan komitmen kami terhadap ketulenan dan kualiti.
Rupa dan rasa yang dicergaskan semula ini akan ditampilkan secara beransur-ansur di semua portfolio Nutrilite kami yang membuka era kecemerlangan dan keunggulan baharu.
Sila ambil perhatian bahawa peralihan ini akan berlaku secara berperingkat dan produk yang dijual akan berdasarkan FIFO (Masuk Dulu Keluar Dulu) iaitu produk dengan label sedia ada akan terus dijual sehingga stok habis sebelum produk dengan label baharu tersedia. Namun begitu, imej produk dengan label produk baharu di www.amway.my akan mengambil sedikit masa untuk dipaparkan sepenuhnya.
Produk yang baharu dilancarkan telah pun memperlihatkan peralihan ini, manakala produk sedia ada akan menjalani pengenalan semula ini, dengan formulasi produk kekal sama.
Untuk kemas kini pembungkusan Nutrilite, klik di sini:web announcement