Sama ada sebagai hidangan makan tengah hari yang pantas atau sebagai hidangan ‘potluck’ untuk jamuan makan malam, mi goreng selalu menjadi kegemaran dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada sesuatu yang sangat menenangkan hati dan mengecurkan air liur apabila menikmati sepinggan mi yang panas dengan garpu. Semestinya membangkitkan selera anda!
Namun begitu, mi goreng ada sisi gelapnya (dan tidak, kami tidak maksudkan kicap pekat hitam). Mi goreng boleh menjadi sangat tidak sihat kerana hidangan ini mengandungi banyak minyak dan khasiat yang sangat sedikit. Tetapi jangan risau, anda tidak perlu melepaskan mi kegemaran anda sekarang! Berikut adalah resipi mi goreng tradisional yang telah diolah untuk menjadikannya lebih sihat untuk seisi keluarga.
Mula-mula, gantikan minyak sayuran dengan minyak bijan. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan minyak bijan dalam masakan membantu menurunkan paras kolesterol anda. Jadi, bukan sahaja ia berperisa, malah lebih sihat juga.
Seterusnya, adalah tambahan yang bukan konvensional tetapi benar-benar menambah khasiat pada makanan - hanya gunakan dua skup serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite. Penjana protein ini akan membantu memastikan bahawa anda memenuhi keperluan protein harian anda tanpa mengubah rasanya sama sekali.
Akhir sekali, jangan takut untuk memberikan sentuhan anda sendiri pada resipi! Sekiranya anda inginkan telur dalam hidangan mi anda, teruskan dan letakkan telur goreng, atau anda boleh jadikannya lebih pedas dengan hirisan cili, atau gantikan ayam dengan udang mahupun daging - ikut cita rasa anda sendiri.
Sedang mencari teman dapur yang sempurna untuk semua keperluan memasak anda? Dapatkan Khind Electric Skillet. Kuali leper ini bukan sahaja bagus untuk mendidihkan cecair dan hidangan ‘hot pot’, tetapi juga boleh memanggang, menggril, mengukus dan menggoreng kilas dengan begitu sempurna.
Berminat dengan suplemen Nutrilite yang lain? Lawati www.amway.my hari ini