Floating Icon
01 JAN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1188 LIHAT 51 BERKONGSI

Alasan Untuk Minum Minuman Tenaga

Minuman tenaga, seperti namanya, dirumus untuk membekalkan tenaga kepada penggunanya. Walau bagaimanapun, bukan semua minuman tenaga direka sama kerana sesetengah minuman tenaga memberi lebih banyak manfaat berbanding yang lain. Namun anda mungkin akan bertanya: apakah manfaat minum minuman tenaga?


PRESTASI MENTAL DIPERTINGKATKAN

Kebanyakan minuman tenaga mengandungi kafein. Kita semua mengetahui manfaat yang terdapat dalam kafein yang akan memberi sedikit motivasi tambahan kepada kita untuk bangun dan berjaga, tetapi minuman tenaga telah maju selangkah ke hadapan.

Minuman tenaga juga mengandungi bahan yang dipanggil L-Karnitina. L-Karnitina adalah asid amino perlu yang dibuat oleh badan di dalam hati, otak dan buah pinggang secara semula jadi. L-Karnitina juga bertanggungjawab untuk mengubah lemak kepada tenaga, tetapi kadang-kadang kita memerlukan sedikit bantuan untuk menghasilkan tenaga tersebut. Manfaatnya termasuk:

  • Ingatan yang lebih baik
  • Kecerdasan dipertingkatkan
  • Tumpuan yang lebih baik
  • Mengurangkan keletihan


Improve_your_fitness_performance_with_XS_Energy_Drinks.jpg

PRESTASI FIZIKAL DIPERTINGKATKAN

Minuman tenaga juga bagus untuk meningkatkan prestasi fizikal. Walaupun minuman ini mungkin bukan pengganti utama untuk protein wei atau minuman kocak sebelum senaman, minuman tenaga boleh memberi anda sedikit rangsangan daya ketahanan tambahan yang anda perlukan.

Kajian mendapati bahawa mengambil minuman tenaga sebelum senaman fizikal boleh memberi manfaat berikut:

  • Daya ketahanan yang dipertingkatkan
  • Masa tindak balas yang lebih baik
  • Stamina yang tahan lebih lama


BAGAIMANA MINUMAN TENAGA BERTINDAK?

Seperti namanya, minuman tenaga dirumus untuk memberi tenaga. Teknologi moden dan kajian lanjut telah menunjukkan dengan tepat komponen yang diperlukan untuk memberi rangsangan tenaga yang optimum kepada pengguna.

Selain daripada kafein dan L-Karnitina, minuman tenaga juga selalunya mengandungi guarana dan Vitamin B. Guarana mempunyai sejarah penggunaan yang lama sebagai perangsang bagi mengurangkan keletihan mental, mempertingkatkan prestasi atlet, dan juga membantu dalam penurunan berat badan.

There_are_3_flavours_available_for_XS_Energy_Drinks.jpg

Satu lagi tambahan semula jadi kepada minuman tenaga yang merangsang simpanan tenaga anda sepanjang hari adalah vitamin B. Sebagai contoh, Minuman Tenaga XS mengandungi beberapa vitamin B untuk memberi rangsangan tenaga semula jadi kepada anda.

  • B3 – Dikenali kerana merangsang metabolisme yang membantu dalam pembakaran lemak
  • B5 – Mengurangkan keletihan badan dengan menambah baik aktiviti metabolisme badan
  • B6 – Menghantar lebih banyak oksigen ke otot anda dan membuat anda kekal bertenaga anda dengan lebih lama
  • B12 – Memberi anda rangsangan tenaga tambahan untuk memastikan anda tidak terasa penat dan letih

Minuman Tenaga XS bukan sahaja sarat dengan nutrien, minuman berperisa tersebut juga memberi tenaga yang anda perlukan dengan cepat tanpa rasa bersalah! Untuk maklumat lanjut mengenai Minuman Tenaga XS, klik di sini!

Ini hanyalah beberapa manfaat yang ditawarkan oleh minuman tenaga kepada anda. Tetapi ingat, adalah penting untuk kekal terhidrat dan minum banyak air bersama minuman penambah tenaga pilihan anda!