Kami memahami – waktu kerja anda yang panjang, kerja rumah yang seolah-olah tiada kesudahannya sehinggakan anda sangat tertekan dan tiada masa untuk diri anda sendiri.
Apa kata jadikan penjagaan diri anda sebagai pengalaman sensori yang menenangkan?
Sama ada bersiap sedia untuk menghadapi cabaran atau bersantai untuk hari berkenaan, tenangkan fikiran dan belai badan anda dengan produk mandian & badan yang hebat ini dari seleksi Kegemaran Pelanggan kami:
Dapatkan beberapa kebaikan Mandian NOURISH+ untuk kulit anda. Bahan botani eksklusifnya terdiri daripada madu bunga oren, mentega shea dan minyak biji labu akan meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit anda dan membuatnya terasa lembut, bersih dan subur.
Baik untuk wajah serta badan anda, Sabun Kecantikan NOURISH+ yang lut sinar didatangkan dengan reka bentuk pintar untuk mudah dikongsi – boleh dipatahkan dengan mudah dan sebarkan belaiannya. Kulit kelihatan dan rasa lebih sihat serta lebih lembut kerana rumusan lembutnya memperbaiki kulit wajah anda dengan ketara.
Sabunkan sehingga berbuih dengan Gel Mandian G&H REFRESH+. Sesuai untuk kulit yang halus dan sensitif, gel mandian ini menampilkan kompleks antirengsa yang dipatenkan serta aloe, ekstrak biji anggur dan ekstrak teh hijau untuk menenangkan kulit kering di samping mengekalkan keserian yang sihat.
Urutkan Krim Badan G&H REFRESH+ pada keseluruhan badan anda dan biarkan ramuan semula jadinya cair ke dalam kulit anda untuk penghidratan sehingga 24 jam. Nikmati harumannya yang lembut sambil anda menyerap segala kebaikan dari aduan botani aloe, ekstrak biji anggur dan ekstrak teh hijau, yang dipilih kerana ciri-cirinya yang menghidratkan dan melindungi kulit.
Pastikan kulit anda sihat dan cantik – walaupun kerap membasuh tangan. Sabun Tangan Pekat G&H PROTECT+ menggabungkan ekstrak teh putih, ekstrak bilberi dan mineral semula jadi untuk membersih tanpa mengeringkan kulit anda agar anda kekal bersih tanpa perlu risau.