Floating Icon
20 FEB 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 875 LIHAT 9 BERKONGSI

Resipi Pencuci Mulut Pic dan Pir

Jujur cakap - azam yang dibuat untuk mematuhi pelan diet yang sihat selalunya tewas dengan godaan pencuci mulut yang sarat dengan gula yang sememangnya sangat sukar untuk ditepis!

Kita semua pernah melalui situasi itu. Kek coklat, biskut, aiskrim dan makanan lain yang penuh dengan gula tetapi kesemua pencuci mulut ini sarat dengan gula bertapis, lemak dan bahan-bahan lain yang tidak sihat yang bukan sahaja menyebabkan kenaikan berat badan tetapi juga sangat tidak sihat untuk tubuh kita.

Jadi, bagaimanakah anda dapat menjayakan pelan makan sihat anda, walaupun dengan pencuci mulut? Ini caranya:

Pertama sekali, menikmati pencuci mulut boleh disesuaikan ke dalam diet yang seimbang jika anda memilih pencuci mulut anda dengan berhati-hati dan yang lebih penting, rancang lebih awal agar apabila anda tiba-tiba teringin hendak makan, anda mempunyai alternatif yang sihat.

Oleh itu, tidak perlu mengetepikan pencuci mulut sepenuhnya daripada diet anda dan dengan sedikit kreativiti, anda boleh mencipta pencuci mulut yang lazat dan sihat - seperti Resipi Pencuci Mulut Pic, Pir dan Bunga Kekwa ini.

Bahan-bahan yang Sihat = Pencuci Mulut yang Sihat

Stay smooth with fibre

Dibuat dengan Nutrilite Mixed Fibre Powder, pencuci mulut ini memberikan anda keperluan serat larut anda setiap hari namun tetap mempunyai rasa yang sedap. Serat larut sangat penting untuk sistem pencernaan yang sihat kerana ia menambah pelawas dan mencegah sembelit. Serta, formula serbuknya yang tidak berpasir dan tanpa rasa bermakna anda tidak akan menyedari kewujudannya dalam pencuci mulut anda.

Peach gum.jpg

Selain itu, bahan lain dalam pencuci mulut ini ialah gam pic yang diketahui sangat bagus untuk kulit wajah yang berseri dan juga berkhasiat untuk tubuh. Ia membantu membersihkan toksin daripada darah dan membina keimunan dengan sifat antibakteria dan antivirus - sesuatu yang kita boleh gunakan dengan lebih banyak pada masa sekarang!

Chrysanthemum flowers

Sementara itu, pir kering menghilangkan panas badan yang berlebihan sementara bunga kekwa telah digunakan untuk tujuan perubatan dan kecantikan sejak zaman purba lagi kerana ia dapat mengurangkan keradangan dan begitu berperisa pada masa yang sama.

Anda boleh mengolah resipi ini dengan menambah bahan-bahan lain seperti longan kering, barli, kacang gingko dan juadah istimewa Cina yang lain, atau menggantikan gula batu dengan madu, kurma merah dan gula batu madu untuk pencuci mulut yang sihat yang tidak menjejaskan matlamat anda untuk menurunkan berat badan.

Oleh itu, teruskan dan puaskan keinginan anda untuk menikmati sesuatu yang manis dengan Pencuci Mulut Pic, Pir dan Bunga Kekwa yang sihat dan enak ini. Dapatkan resipinya di bawah:

Peach and Pear Flower Dessert ingredients

Pencuci Mulut Pic, Pir dan Bunga Kekwa

Bahan-bahan

  • 100gm gam pic (rendam semalaman)
  • 100gm pir kering
  • 2 sb bunga kekwa (diletakkan di dalam uncang teh)
  • 2 sb bunga osmanthus
  • 1.5 liter air
  • 1 – 2 pek batang Nutrilite Mixed Fiber Powder
  • Gula batu, secukup rasa

Kaedah

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam Kuali Leper Elektrik Khind dan tetapkan suhu antara 2-3. Letakkan penutup.

2. Biarkan sup pencuci mulut mereneh selama 25 - 35 minit atau sehingga gam pic menjadi lembut.

3. Sedia dihidangkan sama ada panas atau sejuk.

Khind Multifunction Electric Skillet

Sedang mencari teman dapur yang sempurna untuk semua keperluan memasak anda? Dapatkan Kuali Leper Elektrik Khind. Kuali leper ini bukan sahaja bagus untuk mendidihkan cecair dan hidangan ‘hot pot’, tetapi juga boleh memanggang, menggril, mengukus dan menggoreng kilas dengan begitu sempurna.

Berminat dengan suplemen Nutrilite yang lain? Lawati www.amway.my hari ini.