Floating Icon
30 DEC 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1000 LIHAT 6 BERKONGSI

Perhatikan tanda-tanda hipertensi ini

Semasa lawatan ke hospital atau pemeriksaan doktor di klinik, antara perkara pertama yang dilakukan oleh jururawat dan doktor adalah memeriksa tekanan darah anda. Ini menunjukkan betapa pentingnya tekanan darah anda untuk kesihatan.

Walaupun begitu, salah satu penyakit yang paling biasa dan menjadi masalah kesihatan utama di kebanyakan negara ialah hipertensi yang lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 1.3 bilion orang menghidap hipertensi dan ia juga penyebab utama kematian pramatang.

Oleh sebab tekanan darah tinggi ini memainkan peranan utama dalam kesihatan kita, mari perhatikan dengan lebih dekat apa yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Penyebab biasa tekanan darah tinggi

Setiap hari jantung mengepam hampir 7,000 liter darah dan darah ini mengalir melalui arteri pada kadar yang tetap untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum. Tekanan darah tinggi berlaku apabila darah mengalir melalui arteri pada tekanan yang lebih tinggi daripada biasa yang mengakibatkan kerosakan organ tubuh secara beransur-ansur.

Ada beberapa penyebab tekanan darah tinggi tetapi yang paling biasa berpunca daripada pilihan gaya hidup. Tabiat makan yang buruk termasuk kerap makan makanan yang masin dan berkolesterol tinggi menyebabkan timbunan terkumpul di sepanjang arteri yang meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Selain itu, tekanan, kerisauan, pengambilan alkohol dan merokok juga penyebab utama tekanan darah tinggi.

Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok, kegagalan jantung, kehilangan penglihatan dan disfungsi seksual. Namun begitu, gejala tekanan darah tinggi sering terlepas pandang dan tidak dikesan, itulah sebabnya ia dikenali sebagai “Pembunuh Senyap”.

Ketahui gejala “Pembunuh Senyap” ini

Penyakit yang boleh menyebabkan malapetaka besar dalam tubuh ini dipanggil seperti di atas kerana biasanya ia asimptomatik, bermaksud ia tiada atau menunjukkan gejala yang sangat ringan walaupun tahapnya tinggi.

Namun anda boleh memerhatikan beberapa gejala biasa. Ini termasuk sering mengalami sesak nafas, sakit kepala dan hidung berdarah tetapi cara terbaik untuk mengawasi “Pembunuh Senyap” ini adalah dengan memeriksa tekanan darah anda dengan kerap, lebih-lebih lagi jika anda sudah mengalami masalah tekanan darah.

Rossmax Blood Pressure Monitor


Kurangkan risiko tekanan darah tinggi dengan Pemantau Tekanan Darah Rossmax

Dengan Pemantau Tekanan Darah Rossmax, anda boleh mengawal kesihatan dengan selesa di rumah. Memeriksa tekanan darah dengan kerap di rumah boleh membantu anda mengawasi kesihatan, menunjukkan jika ubat-ubatan berkesan dan yang lebih penting, memberi amaran kepada anda tentang kemungkinan komplikasi sebelum ia menjadikan kesihatan anda semakin buruk.

Akhir sekali, untuk hasil terbaik, pastikan anda menggabungkan pemantauan tekanan darah yang kerap dengan pilihan gaya hidup yang sihat. Langkah mudah seperti memastikan anda mengambil ubat yang diberikan oleh doktor tepat pada waktunya, bersenaman setiap hari dan memilih makanan yang sihat boleh membantu mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi.



Sumber: