Floating Icon
29 NOV 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 3161 LIHAT 229 BERKONGSI

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs Pilihan Tepat untuk Ibu Baru

Hari permata hati anda lahir ke dunia adalah hari yang tidak dapat dilupakan. Ketika anda mendukung bayi yang baru lahir, anda diselubungi perasaan kasih seorang ibu dan keinginan untuk menjaganya sebaik mungkin.

Meskipun kebanyakan ibu gembira dengan peranan mereka sebagai ibu baru, menggalas tanggungjawab utama menjaga anak tersebut sangat membebankan pada mulanya kerana keletihan dan masa yang terhad untuk menjaga diri sendiri.

Selain itu, tubuh ibu menjadi lemah akibat kehilangan darah semasa bersalin. Turun naik hormon dalam tempoh selepas bersalin juga boleh menjejaskan emosi yang mungkin menjadi lebih buruk disebabkan keletihan dan kurang tidur.


Manfaat Berpantang dan Penjagaan Selepas Bersalin di Asia

Semasa berpantang, orang Asia mempunyai budaya yang hebat untuk menjaga ibu baru kerana ibu yang gembira dan mendapat sokongan emosi akan membina hubungan baik dengan bayinya dari pelbagai segi. Seorang ibu yang gembira akan mengasuh bayi yang gembira.

Ibu baru dijaga, dimanja dan dibiarkan berehat sepenuhnya untuk jangka masa antara beberapa minggu hingga sebulan supaya tubuhnya akan kembali kuat dan pulih daripada ketegangan semasa melahirkan anak.

Sehubungan ini, para ibu ditawarkan diet selepas bersalin yang dipilih dengan teliti dan disediakan khusus untuk membantu mempercepatkan pemulihannya dan diperkaya dengan makanan yang sihat untuk menggalakkan penyembuhan luka dan pembinaan semula tisu.

Selain itu, urutan untuk ibu baru sangat digalakkan. Ia bukan sahaja membantu ibu meredakan ketegangan tetapi juga bermanfaat secara fizikal kerana ia menggalakkan peredaran darah, mencegah uterus kendur serta menyingkirkan toksin dan angin daripada badan.

Ubat-ubatan herba pula membantu pemulihan organ pembiakan, meningkatkan selera makan, bekalan susu dan merangsang kekuatan fizikal.

Tropical Herbs Post Natal Care Set.jpg


Pilih Set Lepas Bersalin Tropical Herbs untuk Semua Keperluan Anda

Set penjagaan selepas bersalin yang lengkap ini didatangkan dengan 11 barangan untuk melancarkan perjalanan anda sebagai ibu baru. Dari vitamin selepas bersalin sehingga produk memanjakan diri yang semula jadi sepenuhnya, set 11 barangan ini disediakan untuk kegunaan 44 hari bagi merangsang pemulihan dan menjaga ibu baru selepas melahirkan anak.

Mulakan hari anda dengan secawan Teh Herba Tropical Herbs yang membersihkan dan menyahtoksik sistem anda. Susuli dengan suplemen Herba Lepas Bersalin 1 yang membantu menggalakkan pengeluaran susu dan suplemen Herba Lepas Bersalin 2 yang membantu ibu baru mengembalikan bentuk badannya walaupun ketika menyusui anak.

Tropical Herbs Herbal Tea.jpg

Nikmati spa mini di rumah dengan penjagaan mandian Tropical Herbs yang disediakan untuk keselesaan selepas bersalin. Set ini mengandungi Sabun Skrub Herba dan Minyak Urut Halia yang diperbuat dengan minyak pati untuk kulit yang berseri serta Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan untuk melegakan kulit bayi anda.

Teruskan memanjakan diri dengan lebih banyak produk rawatan lepas bersalin seperti Pembersih Herba Wanita Dengan Prebiotik & Manjakani dan paket Campuran Herba Pemejal untuk membersihkan kulit anda sambil menikmati lebih banyak penjagaan diri dengan Balm Pelembap Puting dan Semburan Penenang Campuran Bunga. Sayangi bayi anda, sayangi diri anda juga!

Tambahkan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs 11 item ke dalam bakul anda hari ini!