Floating Icon
08 JUN 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 1271 LIHAT 37 BERKONGSI

10 Mitos Penjagaan Mulut Teratas Dirungkai

Seperti mana-mana topik, subjek penjagaan mulut tidak terlepas daripada mitos dan salah tanggapan. Dengan begitu banyak maklumat palsu yang beredar di Internet, ini petua penting untuk diingat: Warganet bukanlah arif sangat berbanding doktor gigi anda.

Maklumat palsu dan mengelirukan boleh membahayakan senyuman berseri dan kesihatan anda, itulah sebabnya sangat penting untuk sentiasa berunding dengan pakar pergigian profesional yang bertauliah tentang sebarang kemusykilan yang mungkin anda hadapi.

Bersedia untuk merungkai beberapa mitos? Mari kita lihat beberapa salah tanggapan yang paling biasa di luar sana.



Mitos Penjagaan Mulut 1: Kesihatan pergigian tidak memberikan kesan kepada kesihatan keseluruhan

Mikrobiom mulut ialah mikrobiom yang kedua terbesar dan paling pelbagai di dalam tubuh anda dengan lebih daripada 700 spesies bakteria dan mikroorganisma lain yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anda. Itulah sebabnya kebersihan mulut yang tidak dijaga boleh meningkatkan risiko penyakit di bahagian lain di tubuh anda.

Penyakit gusi meningkatkan risiko penyakit jantung dan lebih biasa dalam kalangan pesakit diabetes. Selain itu, bakteria dan kuman lain mudah merebak dari mulut ke bahagian tubuh yang lain melalui aliran darah. Jika ia merebak ke jantung, ia boleh menyebabkan kerosakan dan keradangan.



Mitos Penjagaan Mulut 2: Memberus gigi lebih kuat akan menjadikan gigi anda lebih bersih

Memberus terlalu kuat boleh merosakkan enamel gigi dan tisu gusi yang lembut, seterusnya membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan gusi. Berus dengan lembut selama dua minit menggunakan Berus Gigi Multitindakan GLISTER. Doktor gigi mengesyorkan bulu lembut tetapi anda boleh memilih bulu sederhana – hanya ingat untuk memberus dengan lembut.



Mitos Penjagaan Mulut 3: Bar berwarna pada tiub ubat gigi adalah penting

Ada yang mendakwa bahawa warna bar yang berbeza di bahagian bawah tiub ubat gigi menunjukkan penggunaan pelbagai bahan. Walau bagaimanapun, segi empat tepat berwarna tersebut tidak ada kaitan dengan formulasi ubat gigi; ia hanyalah tanda yang dibuat semasa proses pengilangan.

Tanda ini didatangkan dalam pelbagai warna dan dibaca oleh sensor pancaran cahaya untuk memberitahu mesin di mana bungkusan harus dipotong, dilipat atau dikedap. Jangan bimbang – jika anda ingin mengetahui kandungan Ubat Gigi Multitindakan GLISTER anda, anda boleh merujuk label bahan-bahan yang dicetak pada kartonnya dengan mudah.



Mitos Penjagaan Mulut 4: Memflos setiap hari hanyalah membuang masa

Tolong jangan langkau langkah ini; flos dengan kerap adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik kerana ia menyingkirkan hingga 80% plak. Timbunan plak menggalakkan kerosakan gigi, jadi bersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari dengan Flos Gigi Multitindakan GLISTER.



Mitos Penjagaan Mulut 5: Gula daripada makanan manis menyebabkan kaviti

Mengejutkan! Makanan bergula mungkin menyumbang kepada pembentukan kaviti tetapi bukanlah gula itu sendiri yang menyebabkan masalah. Punca sebenar ialah bakteria yang makan gula yang tertinggal pada gigi lama selepas anda menghabiskan pencuci mulut anda.r you’ve finished your dessert.



Bakteria cepat menghasilkan sebatian asid yang menggalakkan kerosakan gigi, jadi sebaik-baiknya berkumur dan berus gigi selepas makan untuk mengurangkan pembentukan plak. Sudahi rutin penjagaan mulut anda dengan Ubat Kumur Multitindakan GLISTER untuk lebih yakin.



Mitos Penjagaan Mulut 6: Mengunyah gula-gula getah juga berkesan seperti memberus gigi

Salah! Gula-gula getah bukanlah pengganti memberus, memflos dan berkumur yang betul. Walaupun gula-gula getah tanpa gula boleh meningkatkan aliran air liur dan membantu mengurangkan asid plak, ia masih tidak berkesan seperti sistem penjagaan mulut yang lengkap. Jika anda memerlukan sesuatu untuk nafas yang segar semasa dalam perjalanan atau kesegaran pantas selepas makan, gunakan Semburan Penyegar Pudina GLISTER.



Mitos Penjagaan Mulut 7: Kanak-kanak tidak perlu menggosok gigi susu

Walaupun mereka tetap akan kehilangan gigi susu itu, adalah penting untuk kanak-kanak mengamalkan rutin penjagaan mulut yang tetap untuk mengelakkan komplikasi sepanjang hayat kemudian hari. Kanak-kanak harus mula memberus gigi dua kali sehari sebaik sahaja mereka mempunyai gigi dan mula memflos sebaik sahaja jarak antara gigi mereka telah tertutup. Kanak-kanak lebih tua yang boleh berkumur dengan selamat juga boleh mula menggunakan ubat kumur.

Mitos Penjagaan Mulut 8: Semakin putih gigi anda, semakin sihat gigi

Gigi yang putih sekalipun lama-kelamaan boleh mengalami perubahan warna atau kerosakan. Pemutihan tiruan ialah langkah sementara yang membiarkan punca dasar perubahan warna tidak ditangani dan pemutihan berlebihan dengan bahan berbahaya juga boleh merosakkan enamel anda.



Mitos Penjagaan Mulut 9: Gusi berdarah adalah normal

Gusi yang sihat dan kuat tidak sepatutnya berdarah. Gusi berdarah semasa memberus gigi atau memflos disebabkan oleh keradangan gusi. Ini boleh disebabkan oleh pembentukan plak yang berlebihan, gingivitis, penyakit gusi atau sebab-sebab lain. Hubungi doktor gigi anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.



Mitos Penjagaan Mulut 10: Jika anda tiada masalah kesihatan mulut, anda tidak perlu berjumpa doktor gigi

Pemeriksaan gigi adalah cara terbaik untuk mengesan masalah sebelum ia bermula. Semakin lama masalah dibiarkan tidak dikesan atau tidak dirawat, semakin sukar untuk dirawat. Setiap orang harus berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum, jadi pastikan anda mengatur pemeriksaan pergigian rutin untuk seisi keluarga.



Terokai rangkaian GLISTER lengkap di Amway.my untuk senyuman yang sihat dan anda lebih ceria!