Dengan begitu banyak jenama dan produk di pasaran untuk penjagaan dan pembersihan rumah, sukar untuk membuat pilihan antara mesra belanjawan dan mesra alam. Hari ini, banyak produk disertakan dengan dakwaan ‘tanpa toksin’ dan ‘bebas bahan kimia’ tetapi adakah ia benar?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat semasa mencari produk pembersihan mampan.
Dalam kes ini, menilai buku dari kulitnya boleh membantu apabila memilih produk ‘hijau’. Dapatkan produk yang diperbuat dengan bungkusan yang terbiodegradasikan atau boleh dikitar semula. Pembungkusan terbiodegradasikan atau boleh dikitar semula menunjukkan bahawa syarikat yang menghasilkan produk ini berusaha untuk meminimumkan kesan produk mereka terhadap alam sekitar dan sumbernya.
Purata pengeluaran botol plastik di Amerika Syarikat mewujudkan lebih daripada 2.5 juta tan karbon dioksida dan memerlukan lebih daripada 17 juta tong minyak setahun. Angka-angka ini sukar dibayangkan bukan? Itulah sebabnya produk dan bahan yang diperoleh secara mampan sangat penting dalam usaha kita memulihara alam sekitar.
Cari produk yang diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara mampan dan beretika. Kemampanan menjadi semakin penting apabila kita sedar tentang kesan perlakuan kita terhadap alam sekitar.
Semua produk Amway Home diperbuat dengan Teknologi BIOQUEST FORMULA berpaten kami. Ini bermakna produk kami dihasilkan menggunakan bahan-bahan aktif yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral untuk menghasilkan rumusan pekat yang bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi juga tahan lebih lama.
Teknologi BIOQUEST FORMULA adalah usaha Amway untuk menjaga alam sekitar namun tetap menyediakan produk pembersihan yang berkuasa tetapi lembut untuk keluarga di seluruh dunia. Disokong oleh penyelidikan dan pembangunan selama lebih daripada 50 tahun, semua produk Amway yang tertera label BIOQUEST Formula dijamin terbiodegradasikan, diuji secara dermatologi dan diperoleh daripada sumber semula jadi.
Anda sentiasa disarankan membaca label produk pembersihan dan kediaman sama seperti seperti anda membaca label semasa membeli makanan.
Produk Amway Home bukan sahaja lembut pada persekitaran tetapi juga memelihara tangan anda. Bebas bahan kimia yang kuat, anda mengambil pendekatan langsung dalam membersihkan rumah tanpa produk pembersihan yang mengeringkan kulit atau merosakkan tangan anda.
Rumusannya yang pekat menjadikan produk Amway Home Care lebih baik untuk poket anda kerana anda boleh menggunakan sebotol produk pembersihan beberapa kali lebih lama dengan nisbah pencairan yang betul.
Sudah tentulah anda tidak boleh terus percaya kata-kata seseorang. Perkara terbaik yang harus dilakukan untuk menjadi pengguna yang bijak adalah mencari jenama dan produk dengan pensijilan pihak ketiga untuk memastikan kualiti produk yang anda beli.
Contohnya, semua Produk Amway Home didatangkan dengan label Safer Choice
yang diberikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA). Memiliki label ini bermaksud produk kami telah diperakui mengandungi bahan kimia yang lebih selamat dan lebih baik untuk manusia dan alam sekitar – tanpa mengorbankan kualiti atau prestasinya.
Semak rangkaian produk Amway Home kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembersihan berkuasa yang anda peroleh namun kekal hijau.