Floating Icon
10 MAR 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 960 LIHAT 21 BERKONGSI

Muesli Organik Kami Perlu Menjadi Sebahagian Daripada Diet Sihat Anda

Apa itu muesli?

Muesli merujuk kepada campuran bijirin tulen, kekacang, buah-buahan dan biji-bijian, yang biasanya dimakan untuk sarapan. Ia pertama kali diperkenalkan sekitar tahun 1900 di Eropah oleh Dr Maximilian Oskar Bircher-Benner dan resipi beliau terdiri daripada epal segar, kekacang dan oat dengan air, jus lemon dan susu pekat.Hari ini, muesli telah berevolusi dan menyertakan pelbagai bahan, dengan sesetengah campuran dihasilkan untuk memenuhi keperluan diet tertentu seperti bebas gluten atau vegetarian.



Mengapa muesli pilihan yang lebih sihat berbanding dengan bijirin lain?

Bahan utama kebanyakan campuran muesli ialah oat, buah-buahan kering, kekacang dan biji-bijian, yang semuanya terkenal dengan pelbagai ciri kesihatannya. Banyak campuran bijirin komersial terlalu diproses dan biasanya tinggi gula dan kalori tambahan.

Adakah muesli sarapan yang lebih baik?



Berbanding dengan nasi lemak dan pastri bersira gula? Sudah tentu. Muesli rendah lemak dan natrium selain tinggi protein. Selain itu, kandungan seratnya yang tinggi menjadikannya pilihan yang baik untuk jantung dan sistem pencernaan yang sihat.

Memperkenalkan Muesli Organik Plant To Table By Nutrilite



Disahkan organik, campuran muesli yang lazat ini menjadi bijirin sarapan yang hebat dan sihat pada waktu pagi dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari. Mari kita lihat lebih dekat bahan-bahannya yang berkhasiat:

Emping oat, bran gandum dan bran oat



Kaya dengan pelbagai sebatian tumbuhan dan mineral, oat dan gandum adalah sumber serat, protein, beta glukan dan antioksidan yang hebat.

Biji labu dan biji flaks



Padat dengan nutrien walaupun bahan yang sangat kecil, biji labu menyumbang lemak sihat, magnesium dan zink yang tinggi. Selain itu, hanya satu hidangan biji flaks memberikan protein, serat dan asid lemak omega 3 yang banyak, begitu juga dengan vitamin B dan kuprum.

Mulberi dan kranberi kering



Mulberi mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan kebanyakan buah beri dan kaya dengan vitamin C, zat besi dan kalium, manakala kranberi mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan, vitamin C dan E serta mangan.

Jadi, apa manfaat Muesli Organik Plant To Table By Nutrilite?

Penuh dengan kebaikan alam semula jadi yang lazat dalam setiap suapan, muesli berkhasiat ini mengandungi kalium dan elektrolit untuk rangsangan tenaga1 anda sepanjang hari.

Mesra vegetarian, ia tinggi protein berasaskan tumbuhan. Protein sangat penting untuk kesihatan yang baik kerana ia membantu membaiki dan membina tisu tubuh serta membantu mengawal atur metabolisme glukosa2,3.

Ia juga padat dengan serat diet yang mengurangkan paras kolesterol, menambah baik pencernaandan pergerakan usus serta mengurangkan gula darah4,5.

Bagaimana hendak menikmati Muesli Organik Plant To Table By Nutrilite selain sebagai sarapan:

Campurkan dengan air panas untuk semangkuk bubur enak yang hangat lagi melegakan.

Buat oat semalaman – masukkan ke dalam balang bersama yogurt atau susu dan simpan di dalam peti sejuk.

Suka smoothie? Campurkan dengan susu, buah dan biji chia.

Tambahkan susu atau yogurt dan taburkan hias atas kegemaran anda seperti buah-buahan segar, biji-bijian dan kekacang.

Bakar sendiri kepingan bijirin rangup untuk dimakan ketika sibuk.

Atau makan begitu sahaja sebagai snek yang lazat – bon appétit!

Jadikan Muesli Organik Plant To Table By Nutrilite sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan sihat anda, pada bila-bila masa – dapatkannya sekarang di www.amway.my

Nantikan lebih banyak resipi muesli yang lazat di www.amway.my

Rujukan:

  1. Sonawane, Sachin & Anandhan, Anjana & Nair, Tanika & Patil, Sonal. (2018). Plant seeds as the under utilised wealth and nutritional source of booster promoter.
  2. Manoj Kumar, Maharishi Tomar, Sneh Punia, Jyoti Dhakane-Lad, Sangram Dhumal, Sushil Changan, Marisennayya Senapathy, Mukesh K.Berwal, Vellaikumar Sampathrajan, Ali A.S. Sayed, Deepak Chandran, R. Pandiselvam, Nadeem Rais, Dipendra Kumar Mahato, Shashikant Shiddappa Udikeri, Varsha Satankar, T. Anitha, Reetu, Radha, Surinder Singh, Ryszard Amarowicz, John F. Kennedy. Plant-based proteins and their multifaceted industrial applications. LWT, Volume 154, 2022, 112620, ISSN 0023-6438,

    https://doi.org/10.1016/j.lwt.2021.112620
  3. LangyanS, Yadava P, Khan FN, Dar ZA, Singh R and Kumar A (2022) Sustaining Protein Nutrition Through Plant-Based Foods. Front.Nutr. 8:772573.doi: 10.3389/fnut.2021.772573.

  4. Rasane, Prasad & Jha, Alok & Sabikhi, Latha & Kumar, Arvind & Unnikrishnan, V. (2013). Nutritional advantages of oats and opportunities for its processing as value added foods - a review. Journal of Food Science and Technology -Mysore-. 52. 10.1007/s13197-013-1072-1.

  5. Kathryn O’Sullivan, Frankie Phillips, Leo Stevenson, Jenny Walton. Wheat bran: its composition and benefits to health, a European perspective. International Journal of Food Sciences and Nutrition, December 2012; 63(8): 1001–1013.