Floating Icon
17 MAY 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 2945 LIHAT 128 BERKONGSI

Mengapa Anda Harus Menggunakan Penjagaan Kulit Vegan

Trend menjadi vegan membawa perubahan yang agak besar dalam industri makanan, jadi tidak mengejutkan apabila ia turut mempengaruhi kecantikan dengan ketara. Semakin ramai pengguna mencari pilihan mesra alam seperti penjagaan kulit dan mekap vegan dan banyak jenama kini menjalankan penyelidikan yang menyeluruh tentang cara terbaik untuk mengisi jurang ini dengan penyelesaian yang lebih semula jadi.

Tetapi bukan semua produk penjagaan kulit semula jadi memenuhi syarat sebagai produk penjagaan kulit vegan. Apakah maksud sebenar istilah ini dan adakah ia benar-benar baik untuk anda dan bumi? Ingin tahu? Mari cari jawapannya.


Apakah itu vegan?

Menjadi vegan ialah amalan bebas kekejaman yang tidak menggunakan sebarang bahan daripada haiwan. Tidak ada sebarang bahagian haiwan yang digunakan, sama ada kulit, daging, tulang, bulu atau bulu pelepah. Semua bahan yang digunakan – sama ada daripada unsur semula jadi atau dihasilkan secara sintetik – tidak diuji pada haiwan. Ingat: jika sesuatu bahan bukan daripada haiwan tetapi masih diuji pada haiwan, ia tidak boleh dikategorikan sebagai vegan.

Hasil botani dan ekstrak berasaskan tumbuhan juga dipetik dengan cara yang memastikan persekitaran atau pekerja ladang yang terlibat tidak terjejas atau dieksploitasi dalam proses tersebut. Ini menjadikan penjagaan kulit vegan sebagai alternatif beretika dari pelbagai aspek.

ARTISTRY Vegan Skincare 1


Manfaat penjagaan kulit vegan

Produk penjagaan kulit vegan yang diperbuat dengan ekstrak berasaskan tumbuhan lebih selamat berbanding dengan yang mengandungi bahan-bahan daripada haiwan yang sesetengahnya diketahui membahayakan kesihatan. Di samping itu, ekstrak botani biasanya kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang menyuburkan, menyeimbangkan dan menghidratkan kulit. Bahan-bahan ini juga baik untuk kulit sensitif dan kurang cenderung menyebabkan kerengsaan.

Satu lagi perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sesetengah produk penjagaan kulit dengan bahan-bahan daripada haiwan memerlukan beberapa aditif untuk memastikan kestabilannya. Namun begitu, sesetengahnya mungkin boleh merengsakan kulit. Dalam jangka panjang, bahan kimia tambahan tersebut mungkin tidak bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan kulit dan juga tubuh anda.

Selain itu, tahukah anda bahawa pertanian botani sebenarnya kurang menghasilkan gas rumah hijau daripada penternakan? Proses yang terlibat dari penanaman hingga penuaian bukan hanya memerlukan banyak tenaga dan sumber yang berharga tetapi juga boleh menyebabkan penebangan hutan dan pencemaran yang sangat besar impaknya terhadap alam sekitar yang kita diami.

ARTISTRY Vegan Skincare 2


Pilih produk yang disahkan vegan seperti ARTISTRY SKIN NUTRITION

Rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION kami yang baru dilancarkan terdiri daripada produk penjagaan kulit disahkan vegan yang bebas kekejaman. Tiada satu pun produknya diperbuat dengan bahan daripada haiwan atau diuji pada haiwan serta bebas daripada paraben yang berbahaya.

ARISTRY Skin Nutrition vegan icons.jpg

Sebaliknya, koleksi ini dikuasakan oleh ekstrak berkhasiat daripada Biji Chia Putih, Shiso Perilla, Aloe Vera, Daisi Australia, Beri Hitam, Ceri Aserola, Delima, Kuinoa dan banyak lagi botani yang diketahui baik untuk kulit dan tubuh.

Selamat dan berkesan, ekstrak berasaskan tumbuhan yang sihat diambil dari ladang Nutrilite yang disahkan orgnik untuk fitonutrien berkuasa yang menyuburkan kulit. Jadi, anda boleh menyeimbangkan dan menghidratkan kulit anda di samping membantu mengembalikan keseimbangan alam sekitar. Sempurna.

Beli produk ARTISTRY SKIN NUTRITION yang disahkan vegan di Amway.my