Floating Icon
08 DEC 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 352 LIHAT 13 BERKONGSI

Idea hamper hadiah akhir tahun

Kalau soal pemberian hadiah akhir tahun, hamper yang dipilih sendiri dengan teliti sukar untuk ditandingi. Apabila mengenangkan seseorang itu sanggup meluangkan masa untuk memikirkan tentang hadiah-hadiah yang akan dihargai oleh insan tersayang, menyusunnya di dalam bakul yang cantik, menghiasinya dengan hiasan yang ceria dan menyudahinya dengan reben yang menawan sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa girang, disayangi dan dihargai.

Yang paling penting, anda boleh menyesuaikan hamper anda untuk mencerminkan kegemaran dan minat mereka, cara yang terbaik untuk menunjukkan kepada seseorang betapa anda benar-benar kenal, prihatin dan menyokong mereka.

Sarat dengan inspirasi hadiah, berikut ialah antara item kesihatan dan kecantikan hebat yang menjadi kegemaran dan pasti menggembirakan insan tersayang serta cadangan berguna untuk kad hadiah anda.

Amway_ARTISTRY_Healthy_Beauty_Hamper.jpg

Hamper Kecantikan yang Sihat

Kepada sahabat saya yang cantik: Kecantikan sebenar bermula dengan kulit tanpa cela yang sihat dan bahan-bahan yang menyuburkan! Pastikan kulit anda sentiasa lembap dengan masker penghidratan yang baik, tambahkan serum dengan Vitamin C dan asid hialuronik dalam rutin penjagaan kulit harian anda dan sentiasa gunakan pelindung matahari dengan perlindungan UV spektrum luas secukupnya. Gincu ini akan menambah warna dan penghidratan pada bibir anda manakala palet ini sangat sesuai untuk sedikit sentuhan yang menyerlahkan kecantikan semula jadi anda – bersinarlah!

Amway_Plant_To_Table_by_Nutrilite_Healthy_Nourishment_Hamper.jpg

Hamper Makanan yang Sihat

Kepada abang/suami saya yang sentiasa bersemangat: Terima kasih kerana memberikan inspirasi kepada saya setiap hari dengan tenaga dan semangat anda dalam menempuh kehidupan! Semoga muesli ini membawa permulaan yang hebat setiap pagi atau memberikan rangsangan pada petang yang malas, dan saya pasti anda akan suka memasak dengan minyak biji chia putih. Menjelang malam, saya boleh bayangkan anda membaca buku kegemaran dengan secawan teh (semua 3 perisa lazat). Percayalah, kedua-dua kerepek ini sangat sedap dan sihat supaya anda boleh makan snek semasa dalam perjalanan tanpa rasa bersalah. Nikmatilah!

Amway_Nutrilite_Healthy_Ageing_Hamper.jpg

Hamper Penuaan yang Sihat

Kepada ibu bapa yang dikasihi: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermaknanya anda berdua kepada saya dan saya bersyukur atas kesihatan dan umur panjang anda dan masa kita bersama. Kongsikan protein soya – dengan peptida dan aloe vera untuk memastikan sendi anda kekal muda seperti jiwa anda – begitu juga dengan jeli raja yang lazat, sesuai untuk raja dan permaisuri hati saya. Terdapat juga lutein untuk memastikan mata anda sihat dan bersinar, dan juga teh untuk dinikmati pada saat-saat manis dan mendamaikan bersama-sama. Sayang anda selalu!

Amway_ARTISTRY_Beauty_Healthy_Luxury_Hamper.jpg

Hamper Kemewahan yang Sihat

Kepada kakak/adik/isteri saya yang menawan: Apa yang harus dibeli untuk wanita yang ada segala-galanya? Pastinya pengalaman yang tidak ternilai; inilah hasil estetik profesional dalam keselesaan rumah anda sendiri! Rawatan ini dikuasakan oleh bahan-bahan yang berasal daripada tumbuhan yang mujarab (kerana saya tahu anda sangat menyayangi haiwan) dan terbukti secara klinikal dapat memperbaharui semula kulit dan merangsang pembaharuan sel kulit dalam masa 4 minggu sahaja. Apabila anda memerlukan hasil yang lebih cepat pula, saya telah menyertakan sesuatu untuk mengeset semula kulit anda dalam masa separuh daripada itu sahaja – inilah dia!

Beli semua produk ini dan banyak lagi di Amway.my