Floating Icon
15 DEC 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 355 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Ahmad Safwan & Yuzilawati

Intan Ahmad Safwan & Yuzilawati

KAJANG | MOHD HUSNI MOHD SAID & RUZANNA MD NASIR

Adakah Anda Mengambil Serius Tentang Perniagaan Amway Anda?

SAFWAN-&-YUZILAWATI-8.jpg

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga Rich dan Jay, Amway Malaysia dan seluruh barisan penajaan kerana memperkenalkan perniagaan ini dan membimbing kami tanpa jemu sehingga kami berada pada tahap ini.

Pada Disember 2014, kami mendaftar sebagai ABO kerana ingin menyokong rakan yang memperkenalkan produk Amway kepada kami. Niat awal kami hanya hendak menggunakan produk itu dan bukannya untuk membina perniagaan Amway kerana ketika itu kami telah pun memiliki perniagaan sendiri. Safwan bekerja sebagai Perunding ICT dan juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat swasta.

Pada Februari 2015, saya menerima bonus Amway yang pertama sebanyak RM200 kerana terjual peralatan elektrik kepada rakan-rakan. Sejurus selepas itu, penaja atasan kami kerap datang ke kedai kami untuk berkongsi Peluang Perniagaan Amway dan membuka minda kami terhadap potensi perniagaan ini. Titik perubahannya ialah apabila akhirnya kami menyertai satu seminar di Kelana Jaya.

Sejak itu, kami begitu bermotivasi untuk memulakan perniagaan ini secara serius. Bermula dengan mengikuti latihan ABO baharu, kami gigih membina perniagaan ini langkah demi langkah. Walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran, kami terus melangkah kerana kami percaya bahawa suatu hari nanti kami akan menggenggam penyemat Intan.

Lawatan kami yang pertama ialah ke Hokkaido pada 2018. Pada 2019 pula, kami mencapai Platinum Pengasas dan dijemput ke Dubai. Tahun 2020 menyaksikan kami mencapai Zamrud dan layak ke Sydney. Pada tahun itu juga, Safwan melepaskan kerjayanya dan meletak jawatan ahli lembaga pengarah setelah melihat sendiri pendapatan dalam perniagaan Amway yang jauh berlipat kali ganda. 

Pada 2021, kami mencapai Zamrud Pengasas dan dijemput untuk menyertai Alaskan Cruise. Pada 2022, kami berjaya mencapai Intan dan dijemput pula ke Istanbul. Kami sangat bersyukur. Kami mendapati ganjaran yang Amway tawarkan seperti bonus tahunan, bonus kepimpinan, lawatan ke luar negara jauh lebih hebat.

Kami betul-betul serius menjalankan perniagaan Amway kerana selain kami sendiri yang mendapat ganjaran, kami juga mahukan seluruh organisasi yang kami pimpin turut menikmati ganjaran yang hebat ini daripada Amway.

SAFWAN-&-YUZILAWATI-4.jpg

“Kami betul-betul serius menjalankan perniagaan Amway kerana selain kami sendiri yang mendapat ganjaran, kami juga mahukan seluruh organisasi yang kami pimpin turut menikmati ganjaran yang hebat ini daripada Amway.”

Perniagaan Amway ialah sebuah perniagaan yang menakjubkan. Apabila anda menjalankannya dengan bersungguh-sungguh, pulangannya cukup luar biasa dan sangat berbaloi! Percayalah!