Floating Icon
01 AUG 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 202 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Mohamad Rosli Saidin & Jamilah Osman

Zamrud Mohamad Rosli Saidin & Jamilah Osman

Bukit Mertajam  |  Shahrul Fahmee & Mazliatul Mokhtar

Isteri saya adalah seorang kakitangan kerajaan dan saya pula seorang kontraktor. Kami mendapat tahu tentang Amway pada Ogos 2012 semasa kami mula membeli suplemen Nutrilite dan menggunakan produk ARTISTRY. Tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk memulakan perniagaan kerana kami sudah selesa dengan kehidupan kami pada masa itu.

Semuanya bermula apabila kami menghadiri Seminar Moving Up anjuran Dua Intan Pengasas Abdullah & Mariam pada 2013 di Sungai Petani, Kedah. Tanggapan kami terhadap Amway benar-benar berubah ketika itu. Kami berazam untuk membina perniagaan kami dan mula menetapkan matlamat.

Pada 2014, kami layak ke Seminar Kepimpinan Amway (ALS) buat kali pertama di Auckland. Kami juga berjaya menyertai ALS 2016 Mediterranean Cruise, ALS 2017 Hawaii, ALS 2018 Hokkaido dan ALS 2020 Sydney. Kami juga layak untuk menyertai ALS 2021 Alaskan Cruise.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami Noorhiyati Mohd Hussain & Hamid Saad, Dua Intan Pengasas Shahrul Fahmee & Mazliatul, Dua Intan Pengasas Abdullah & Mariam dan juga ibu bapa kami. Tahniah kepada semua ahli organisasi kami atas kerjasama anda.

Kita adalah apa yang kita fikiran. Maka sentiasalah berfikiran dan bersikap positif, yakin dan percaya kepada diri sendiri, sabar serta tabah, dan kejayaan pasti menjadi milik anda.