Floating Icon
01 AUG 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 221 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Mohd Jazlan Ahmad Ghazali & Wan Noor Aza Wan Sulaiman

Zamrud Mohd Jazlan Ahmad Ghazali & Wan Noor Aza Wan Sulaiman

Sungai Petani  |  Zulkefli Non & Sharifah Zaharah Syed Ayob



Seperti orang lain, kami memulakan perniagaan ini sebagai pengguna yang mencari produk berkualiti. Produk seperti seterika dan periuk tekanan pelbagai fungsi adalah antara kegemaran kami pada masa itu. Kami terus menggunakannya sehingga hari ini dan telah menambah banyak lagi produk Amway yang hebat ke senarai kami.

Apabila ABO atasan kami membentangkan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway kepada kami, kami serta-merta tertarik kepada dua perkara iaitu kebebasan (kewangan, masa, dsb.) dan pendapatan yang boleh diwarisi. Kami mengambil tindakan segera seperti yang disyorkan oleh ABO atasan kami dan tidak akan berpatah balik. Kami berazam untuk menjadikan perniagaan kami berjaya dan bersedia untuk melaburkan usaha dan masa untuk mencapainya.

Kami telah menjalankan perniagaan yang hebat ini selama lapan tahun dan melakar beberapa pencapaian sepanjang perjalanan tersebut. Kami yakin dan percaya bahawa perniagaan kami akan terus berkembang dan mencapai tahap penyemat yang lebih tinggi pada masa akan datang dengan bimbingan daripada ABO atasan kami.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Amway dan ABO atasan kami atas peluang yang berharga ini. Setiap kejayaan dan kegagalan mempunyai alasannya tersendiri. Jumpa anda di puncak jaya!