Floating Icon
01 SEP 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 170 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Nagaraju Krishuamoorthey & Thuhashni S K Mogana Dass

Zamrud Nagaraju Krishuamoorthey & Thuhashni S K Mogana Dass

Klang  |  Shutagar Baskaran



Kami amat bertuah dan bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Amway. Amway merupakan sebuah perniagaan unik yang berpegang teguh pada empat nilai terasnya iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran. Amway juga merupakan peluang perniagaan yang menawarkan kami kuasa untuk mengubah hidup kami, membenarkan kami mempunyai impian, memenuhi matlamat kami dalam hidup dan mencapai perkara yang hebat.

Kita berada di sini adalah untuk menikmati kehidupan dengan sepuas-puasnya. Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Platinum Pengasas Shutagar dan Intan Eksekutif Mugunthan & Sarina Dewi kerana menawarkan peluang untuk berbuat demikian kepada kami.

Kami percaya bahawa kegigihan dan sikap tidak pernah berputus asa merupakan tingkah laku paling penting yang harus dimiliki untuk berjaya dalam perniagaan ini. Amalkan sikap tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian anda dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk terus mengejar impian mereka.

Mempunyai kepercayaan yang kuat ialah langkah pertama ke arah mengubah impian anda agar menjadi kenyataan. Percaya kepada diri anda, percaya kepada ABO atasan anda, percaya kepada Amway dan kita pasti dapat merealisasikannya. Mara dengan yakin ke arah impian anda. Jalani kehidupan yang sentiasa anda impikan bersama Amway.