Floating Icon
01 SEP 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 279 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Pengasas Norhazreen Sutan Makmor & Muhamed Taufik Misngat

Zamrud Pengasas Norhazreen Sutan Makmor & Muhamed Taufik Misngat

Seremban |  Raziffah Laily & Ahmad Khairi



Saya merupakan setiausaha di sebuah firma guaman. Saya telah memutuskan untuk berhenti kerja pada 2017 kerana saya tertarik dengan Peluang Perniagaan Amway. Rakan kongsi saya yang merupakan seorang pegawai di sektor perbankan turut berhenti kerja pada akhir 2020 untuk menumpukan pada perniagaan kami sepenuh masa.

Seperti kebanyakan orang lain, kami bermula dengan menjadi pengguna setia produk Amway. Produknya yang pelbagai amat sesuai dengan keluarga kami. Selain itu, produk Amway menawarkan nilai tambah kerana ia didatangkan dengan jaminan kepuasan 100%. Kami teruja apabila mendapat banyak maklum balas positif semasa kami kongsikan pengalaman produk kami dengan kenalan kami.

Kami mula mengembangkan perniagaan kami dengan mengambil satu langkah pada satu masa. Dengan sokongan kuat daripada ABO atasan kami Intan Eksekutif Pengasas Raziffah Laily & Ahmad Khairi dan di bawah bimbingan Dua Intan Pengasas Salahuddin Abdullah & Nor Fauzana Mohamed, kami terus membangunkan perniagaan kami dan sentiasa memastikan kami kekal relevan dalam komuniti kami.

Perniagaan Amway adalah fleksibel dan sesuai dengan matlamt hidup keluarga kami. Perniagaan ini unik kerana menumpukan pada pembentukan komuniti yang ingin mengenali satu sama lain dan berkongsi pengalaman.