Floating Icon
01 AUG 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 215 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Suhaimi Harun & Asrien Mohd Ashri

Zamrud Suhaimi Harun & Asrien Mohd Ashri

Chemor  |  Nor Fauzana Mohamed & Salahudin Abdullah



Semuanya bermula pada Januari 2015 ketika kami membeli perkakas rumah daripada kawan rapat kami Dua Intan Pengasas Salahuddin Abdullah & Nor Fauzana Mohamed yang kami kenali sejak zaman universiti lagi. Kami teruja dengan promosi tersebut dan langsung tidak mempedulikan tentang harganya kerana kami ingin menyokong perniagaan mereka.

Lama-kelamaan, kami memutuskan untuk memulakan perniagaan Amway kami sendiri. Kami berjaya mencapai Penyandang Perak pada September 2015 dengan bimbingan daripada mentor kami dan sokongan yang diberikan oleh Amway. Pada 2016, kami layak untuk menyertai Seminar Kepimpinan Amway (ALS) Mediterranean Cruise. Ini merupakan ALS kami yang pertama dan ia mendorong kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi mengembangkan perniagaan hebat ini dan mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi. Pada 2021, kami sangat teruja untuk turut serta dalam pelayaran mewah Alaskan Cruise yang merupakan ALS ke-6 kami dengan Amway.

Amway sememangnya satu peluang yang luar biasa untuk sesiapa sahaja yang ingin membina kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Kebebasan kewangan dan masa untuk diri sendiri dan keluarga kami adalah sesuatu yang selalu kami impikan. Amway telah memenuhi impian kami. Kami bersyukur kepada Tuhan kerana membuka hati dan minda kami untuk menerima Amway. Terima kasih Amway!