Floating Icon
23 AUG 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 188 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Tneh Aik Hong & Joanne Khor

Zamrud Tneh Aik Hong & Joanne Khor

Bukit Mertajam | James Tan Eng Kiat & Lee Mong Yin



Kami sangat bertuah dan bersyukur kerana menjadi Pemilik Perniagaan Amway. Ia adalah peluang perniagaan yang unik dibina berdasarkan empat nilai teras iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran.

Perniagaan ini telah mengubah hidup kami dan membantu kami merealisasikan impian kami. Lebih bagus lagi, peluang perniagaan ini juga telah membolehkan kami membantu rakan kongsi perniagaan kami merealisasikan impian mereka sendiri sambil kami bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan.



Kami ingin mendedikasikan segala pencapaian kami kepada ibu bapa kami, Platinum Pengasas James Tan Eng Kiat & Lee Mong Yin, Platinum Pengasas Vincent Ng & Lee Ping dan Intan Liow Foo Ban & Geok Theng atas kepimpinan dan bimbingan yang berterusan. Ia telah membawa kami ke puncak yang lebih tinggi dalam perniagaan dan kehidupan kami.




Kami percaya bahawa kejayaan dalam Amway adalah hasil daripada pembelajaran yang berterusan, ketekunan dan sikap "tidak pernah berputus asa". Mempunyai keyakinan yang kuat dalam diri sendiri dan Amway merupakan langkah pertama ke arah mengubah impian anda menjadi realiti. Percaya kepada diri sendiri, percaya kepada ABO atasan anda, percaya kepada Amway dan anda pasti boleh merealisasikannya!

KEKAL FOKUS! SASAR INTAN!