Taman Bukit Rambai | Harun & Murni
Ubah Budaya Kerja Anda. Ubah Masa Depan Anda
Saya berasal dari Ramuan China Kecil, sebuah kampung yang agak terpencil di Melaka. Kehidupan kami agak susah. Ibu hanyalah seorang penoreh getah manakala ayah pula seorang buruh. Mereka bekerja keras untuk membesarkan kami lapan beradik. Sedari kecil lagi, saya telah menanam cita-cita untuk mengubah nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan pekerjaan yang baik.
Mohamad Hilna pula berasal dari Meru, Kelang, Selangor. Bapanya seorang pemandu lori manakala ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menampung ekonomi keluarga. Saya melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian di Universiti Malaya dan di sinilah saya bertemu dengan pasangan hidup saya Mohamad Hilna ketika sama-sama belajar. Kami menamatkan pengajian pada 1997 dan berkahwin pada tahun berikutnya. Saya kemudiannya bekerja di klinik kerajaan manakala Mohamad Hilna di klinik swasta.
Kami mempunyai impian yang amat besar. Walaupun pendapatan kami agak selesa, kami tidak dapat memberi sebanyak yang kami mahu kepada ibu bapa dan anak-anak. Duit belanja setiap bulan selalu sahaja tidak mencukupi dan ini menyebabkan Mohamad Hilna terpaksa menjalankan beberapa buah perniagaan sampingan. Namun, kesemuanya gagal dan kami terjerat dengan hutang yang banyak.
Pada 2001, kami mendaftar dengan Amway sebagai ahli kerana ingin membeli Nutrilite Cal Mag D Plus. Namun, kami sekadar pengguna hinggalah pada hujung 2004 apabila kesemua perniagaan konvensional Mohamad Hilna menemui jalan buntu. Pada ketika itulah, kami membuat satu keputusan yang serius dan mula membina perniagaan Amway kami secara aktif.
Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk membina rangkaian kami tanpa mengenal penat-lelah. Kami melakukan perkara asas iaitu 3S1M (Menjual, Menaja, Memberi Khidmat, Mengadakan Mesyuarat) setiap hari sekurang-kurangnya dua jam sehari selepas pulang dari kerja. Hasilnya, kami mencapai Platinum pada 2006, Platinum Pengasas pada 2007 dan Zamrud pada 2008.
Pada 2009, saya menjadi ABO sepenuh masa kerana Amway telah memberi saya kebebasan masa, kewangan dan juga kebebasan memilih. Saya telah lama berhajat untuk menjadi ibu sepenuh masa kepada empat orang anak kami. Tambahan pula, kami ditakdirkan mempunyai seorang anak autistik yang sangat memerlukan perhatian. Terima kasih kepada Amway kerana memberi peluang ini kepada kami.
Selain itu, melalui Amway juga, kami berpeluang melihat banyak tempat yang cantik di dunia ini seperti Alaska, Osaka, Dubai, Paris, Las Vegas, Los Angelas, Vienna dan banyak lagi. Setakat ini, kami telah melancong ke lebih daripada 30 buah negara. Kesemuanya ditaja oleh Amway. Sedangkan selama ini kami tidak pernah terfikir untuk pergi sendiri kerana kekangan kewangan.
Kami mencapai Intan pada 2012 dan berada pada tahap yang sangat selesa. Kewangan kami lebih stabil dan kami ada banyak masa bersama keluarga. Apa yang paling penting, kami mempunyai pilihan yang lebih baik untuk kehidupan keluarga kami.
Impian kami yang seterusnya adalah untuk membantu lebih ramai ABO memiliki kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, kami menetapkan sasaran untuk mencapai tahap penyemat yang lebih tinggi. Pada Mac 2019, Mohamad Hilna menjual klinik beliau dan bersama-sama kami membina perniagaan Amway kami. Genap setahun selepas penutupan klinik pada 2020, COVID-19 melanda negara.
Namun, kami meneruskan perjuangan kami untuk membina lebih ramai pemimpin dalam organisasi kami agar mereka juga dapat mencapai impian masing-masing. Akhirnya, pada Jun 2021, kami mencapai Intan Pengasas. Ia diikuti dengan Intan Eksekutif & Intan Eksekutif Pengasas pada Ogos 2021.
Ucapan terima kasih kepada Amway Malaysia, Dua Intan Pengasas Harun & Murni, Dua Intan Tajuin & Nun dan juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Intan Eksekutif Pengasas Abdul Aziz & Saleha yang banyak memberi tunjuk ajar. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Duta Mahkota Pengasas Khoo Chong Kok & Tracy yang banyak mengajar kami tentang kesabaran dalam kepimpinan.
Tahniah kepada semua pemimpin dalam organisasi kami. Anda berhak untuk berjaya dan mencapai impian anda dan keluarga anda melalui perniagaan ini. Jikalau kita boleh mengubah budaya kerja dalam organisasi kita, pasti masa depan kita juga akan berubah.
Ubah budaya kerja anda.
Ubah masa depan anda.
Kejayaan adalah satu perjalanan, bukanlah satu destinasi.
Kami akan berusaha untuk membantu lebih ramai orang mencapai impian mereka.
Jumpa anda di puncak jaya!
Ingat satu perkara:
Pilihan yang tepat adalah lebih baik daripada bekerja keras.