Floating Icon
15 MAR 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 1076 LIHAT 20 BERKONGSI

“Eww! Nafas Anda Berbau!”: Panduan Lengkap untuk Menjadikannya Harum!

Kami tidak meragui bahawa anda menjaga kebersihan mulut anda dengan baik. Tetapi kita semua ingin memfokus pada gambaran yang lebih besar di sini. Anda tahu yang anda boleh melakukan lebih daripada sekadar memberus gigi. Dan kami di sini untuk membantu anda. Berikut ialah beberapa cara (tidak dijangka) yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan tahap kebersihan mulut anda.

#1 Jangan berlebih-lebih



Kurangkan sedikit ayat-ayat memikat yang melampau itu dan juga produk tenusu! Produk tenusu pula mengandungi asid amino yang bertindak balas dengan bakteria mulut anda untuk menghasilkan sebatian sulfur yang boleh membuatkan nafas anda masam (baca: nafas berbau! Uwek!). Jadi, walaupun anda ingin menikmati sepuas-puasnya sajian yang berkeju atau bersusu di atas papan charcuterie sewaktu makan malam bersama si dia, ia juga mungkin akan mengurangkan peluang anda untuk dirapati oleh si dia.

Sedang mencari penyelesaian yang pantas untuk ini? Dapatkan Semburan Penyegar Pudina Glister serba baharu! Hilangkan nafas berbau dan si dia pasti ingin dekat dengan anda!

#2 Berkumur dengan minyak



Berkumur dengan minyak ialah tindakan memasukkan satu sudu atau lebih minyak ke dalam mulut anda dan berkumur dengan bersungguh-sungguh untuk satu tempoh masa, memastikan ia melalui geraham dan mengurut gusi anda dengan minyak tersebut.

Dalam Ayurveda, ia dianggap mempunyai kesan detoksifikasi, benar-benar menarik keluar toksin larut minyak dari badan melalui saluran darah yang halus dalam tisu lembut mulut anda. Adalah lebih bagus untuk berkumur dengan minyak sebelum memberus, menggunakan flos atau berkumur seperti biasa, supaya anda boleh “melonggarkan” sebarang bakteria, toksin dan plak sebagai persediaan untuk rutin pembersihan mulut anda yang biasa.

#3 Memberus sahaja tidak mencukupi



Kami tahu (atau berharap) anda sudah memberus dua kali sehari (tiga kali jika anda disukai doktor gigi), tetapi itu adalah minimum! Memberus mungkin dapat menanggalkan kotoran pada permukaan, tetapi menggunakan flos dan ubat kumur akan memastikan celah-celah gigi yang bulu berus gigi anda mungkin terlepas.

Banyak lagi yang boleh dan patut anda lakukan untuk memastikan gigi anda anda putih, bersih dan berkilau bak mutiara. Tinjaulah rangkaian GLISTERTM kami yang diperbaharui dan berwajah baharu dengandengan lebih banyak produk tambahan. Bersedialah untuk memberus, memflos dan berkumur untuk senyuman yang sihat dan anda lebih ceria!