Floating Icon
20 NOV 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1177 LIHAT 29 BERKONGSI

4 Produk untuk Memastikan Anak Anda Bersih

Dari melukis dengan cat poster yang paling terang hingga meneroka taman yang panas dan lembap, aktiviti terbaik untuk kanak-kanak yang sedang membesar biasanya yang paling comot. Namun begitu ia banyak membantu ke arah menggalakkan perkembangan tubuh dan minda mereka. Selepas seharian berseronok dan bermain, tiba masanya untuk anak-anak mandi – pasti ada yang merengek, meragam atau terus melarikan diri sebelum sempat anda menanggalkan pakaian mereka.

Jika semua ini kedengaran biasa, mengapa tidak jadikan masa mandi sebagai pengalaman mengeratkan hubungan yang menyeronokkan? Kami ada 4 produk hebat yang membuatkan anak-anak anda sangat gembira dan teruja untuk mandi selepas ini.


Sudzy products.jpg

Gel Mandian Sudzy

Kulit kanak-kanak sangat halus dan memerlukan pembersih harian yang lembut tetapi berkesan. Gel Mandian Sudzy sangat lembut kerana rumusannya bebas sabun dan pH seimbang, namun ia membersih secara menyeluruh sambil melegakan kekeringan dan merapikankan kulit. Ia mudah berbuih (mahu mandi buih?) dan mengandungi 100% Aloe Vera yang kaya dengan mineral tulen untuk melembapkan kulit kering secara mendalam dan melegakan kerengsaan.

Diuji secara dermatologi, ia menyingkirkan kotoran dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Anak-anak anda juga pasti sukakan haruman buahnya.


Syampu Sudzy

Rambut anak anda sering melekat pada muka mereka yang berpeluh selepas lima minit berlari ke sana sini dan melompat-lompat dalam cuaca panas? Masa untuk menyegarkan diri! Syampu Sudzy dirumus khas untuk kanak-kanak untuk mengubah rambut yang kering dan kusut menjadi lembut dan mudah diurus.

Sesuai untuk kegunaan harian, rumusannya yang lembutnya diuji secara dermatologi dan oleh pakar oftalmologi supaya anda boleh membersihkan diri dengan selamat tanpa memedihkan mata. Campuran herba-herba istimewa iaitu Chamomile, Elderflower, Calendula (Marigold Flower), Carrot Seeds dan Myrrh menjadikan rambut lembap dan berkilat dengan haruman bunga dan buah.


GLISTER Kids products.jpg

Ubat Gigi Kanak-Kanak GLISTER

Usia 2 tahun ialah peringkat kanak-kanak yang tidak dapat dilupakan dan akhirnya mereka boleh makan sajian untuk “anak besar”. Perlu diingat, ini juga bermakna mereka perlu mula mengambil berat tentang penjagaan mulut. Ibu dan ayah perlu mengawasi semasa mereka memberus gigi dua kali sehari untuk menyingkirkan sisa makanan, terutamanya gula daripada gula-gula dan ais krim.

Kami mengesyorkan Ubat Gigi Kanak-kanak GLISTER yang dihasilkan untuk keperluan pergigian mereka yang unik. REMINACT Formula yang selamat untuk enamel membantu menguatkan dan melindungi gigi daripada kaviti manakala perisa strawberi yang enak akan membuatkan si manja anda teruja untuk memberus gigi.


Berus Gigi Kanak-Kanak GLISTER

Mulut kecil kadangkala sukar untuk dibersihkan dengan sempurna, terutamanya apabila si kecil berkeras untuk melakukannya sendiri. Berus Gigi Kanak-kanak GLISTER direka untuk membersihkan gigi dan gusi kanak-kanak. Kepalanya yang kecil terbukti berkesan membersihkan semua gigi, malah gigi di bahagian belakang mulut yang sukar dicapai. Selain itu, ia juga mempunyai bulu bulat yang lembut untuk melindungi gusi yang lembut.

Kami juga sukakan bahagian berwarna pada bulu berus yang menunjukkan kepada kanak-kanak di mana hendak meletakkan ubat gigi (dan berapa banyak), begitu juga batangnya yang mudah dipegang dan sesuai untuk tangan yang kecil. Akhir sekali, ia didatangkan dalam warna dan grafik terang yang akan menarik minat kanak-kanak.


Pastikan anak-anak anda bersih dan sihat. Beli rangkaian kanak-kanak kami di Amway.my