Floating Icon
03 AUG 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 632 LIHAT 45 BERKONGSI

4 Alasan Untuk Menyukai Pelindung Matahari Terbaharu ARTISTRY

Pelindung matahari ialah wira yang tidak didendang dalam rutin penjagaan kulit anda. Ia mempertahankan kulit anda daripada banyak musuh yang jahat – selaran matahari, radikal bebas, penuaan kulit, tompok gelap dan pencemaran, sekadar menyebut beberapa contoh.

Untuk menunjukkan betapa kami menyayangi pelindung kegemaran kami, kami telah mengumpulkan 4 alasan untuk menyukai pelindung matahari terbaharu ARTISTRY:

Alasan #1: Perlindungan multidimensi

ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect SPF 50+/PA++++ menyediakan ‘Perlindungan Semua Cahaya’ yang komprehensif. Ini bermakna pelindung matahari kami melindungi daripada UVA, UVB, cahaya biru dan sinaran inframerah serta pencemaran dan radikal bebas yang mengakibatkan penuaan pramatang. Rumusannya yang unik terdiri daripada:

  • Adunan 5 Bahan Aktif Pelindung Matahari untuk Perlindungan SPF50/PA+++ Menggabungkan 5 bahan aktif yang dipilih dengan teliti, setiap satu daripadanya berkesan terhadap julat jarak gelombang cahaya yang berbeza
  • 5x Bahan Antioksidan
    1. Ia mengandungi Kompleks Pencegahan yang merangkumi: Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite™, Bunga Daisi Australia dan Ekstrak Beri Hitam yang meningkatkan sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350% (ujian in vitro).
    2. Buah Delima Nutrilite™ yang membantu melegakan dan melindungi kulit daripada kerengsaan akibat pencemaran.
    3. Ekstrak Centella Asiatica (Cica) yang melepaskan antioksidan secara berterusan selama 8 jam bagi melindungi kulit.
    4. Ekstrak Kekwa yang membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.
    5. Peptida Karnosina yang melindungi kulit daripada pendedahan kepada cahaya biru dan cahaya inframerah.
  • Biji Chia Putih yang ditanam oleh Nutrilite

    Penjana fitonutrien ini membantu memperkukuhkan perintang lembapan kulit dan mengekalkan tahap lembapan agar manfaat rangsangan kulit dapat disampaikan jauh ke dalam permukaan kulit.

    Tambahan pula, Biji Chia Putih dan Buah Delima yang ditanam oleh Nutrilite juga merupakan bahan utama dalam Kompleks Pencerahan Terpaten. Campuran terpaten ini menguatkan mikrobiom dan mencerahkan kulit.

Alasan #2: Disarankan oleh Yayasan Kanser Kulit

ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect Broad Spectrum SPF 50+ memperoleh Seal of Recommendation Yayasan Kanser Kulit – Aktif. Mohor ini dianugerahkan kepada produk yang memenuhi atau melebihi standard Yayasan bagi perlindungan matahari yang selamat dan berkesan. Malahan, program Mohor tersebut telah dibangunkan untuk memperkasakan orang ramai agar mengambil pendekatan proaktif bagi pencegahan kanser kulit. Baca lebih lanjut di sini tentang sebab pentingnya mohor tersebut.

Oh ya! Adakah kami nyatakan yang produk ini BEBAS daripada bahan yang membahayakan terumbu seperti Oksibenzona dan Oktinoksat? Betul! Terlalu banyak perkara yang membuatkan kami sukakan pelindung matahari ARTISTRY ini!

Alasan #3: Sesuai untuk semua jenis kulit – walaupun kulit berminyak!

Padat dengan bahan semula jadi dan dihasilkan daripada tumbuhan, serta Adunan Multipenapis kami, sesuai untuk kegunaan harian termasuk untuk kulit sensitif dan berminyak.

Tekstur losen yang cantik dan ringan bak sutera meluncur di atas kulit dan meresap dengan pantas tanpa sisa putih. Diuji dari segi alahan dan dermatologi, pelindung matahari ini bukan komedogenik, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, ia sesuai untuk hari anda berenang, hari anda di pantai dan hari-hari yang terlalu panas sehingga peluh menjadi teman setia anda kerana rumusannya kalis air sehingga 80 minit.

Alasan #4: Clean Beauty & bahan boleh dijejaki

Semua produk ARTISTRY SKIN NUTRITION mempraktikkan Clean Beauty. Ini bermakna produk tersebut dirumus sebagai vegan, tanpa ujian ke atas haiwan dan bebas daripada minyak mineral, paraben, ftalat, surfaktan sulfat dan silikon siklik – dan pelindung matahari ini tidak terkecuali!

Selain itu, ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect SPF 50+/PA++++ mengandungi 3 bahan yang boleh dijejaki: Buah Delima Nutrilite™, Biji Chia Putih dan Ceri Aserola yang ditanam di ladang Nutrilite™ yang disahkan organik. Setiap langkah proses daripada pemilihan biji benih sehingga menuai dan memprosesnya menjadi produk ARTISTRY™ telah didokumenkan dan boleh dijejaki bagi memastikan ketulenan dan ketelusan.

Terlalu banyak sebab untuk menyukai ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect SPF 50+/ PA++++. Jadi, mudah sahaja untuk pelindung matahari ini diterapkan dalam rutin penjagaan kulit anda. Lagipun, perlindungan matahari adalah langkah penting dalam rutin penjagaan kulit kerana apabila kulit sihat, ia akan jelas terserlah dan terasa paling berseri sekarang dan juga pada masa hadapan.