Floating Icon
02 JUN 2023 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1281 LIHAT 114 BERKONGSI

ARTISTRY Mendapat Seal of Recommendation daripada Yayasan Kanser Kulit

Amway dengan bangganya mengumumkan bahawa KESEMUA LIMA produk ARTISTRY SKIN NUTRITION dengan SPF menerima Seal of Recommendation daripada Yayasan Kanser Kulit buat julung kalinya dalam sejarah syarikat.

Produk tersebut ialah:

  • ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Hydrating Day Lotion SPF 30
  • ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Balancing Matte Day Lotion SPF 30
  • ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30
  • ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Renewing Reactivation Day Cream SPF 30
  • ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect SPF 50+/PA++++

Berita ini diterima sebaik sahaja Amway menjadi ahli Majlis Korporat Yayasan Kanser Kulit pada September 2022.

“Penyertaan dalam Majlis Korporat Yayasan Kanser Kulit menyokong misi Amway bagi membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat,” kata Peter Strydom, ketua pegawai pemasaran global Amway. “Kecantikan yang sihat bermula dengan kulit yang sihat. Pelindung matahari adalah langkah penting dalam rutin penjagaan kulit harian kerana apabila kulit sihat, ia mampu melindungi dan membaikinya sendiri dengan lebih baik – agar tampak dan rasa paling berseri sekarang dan pada masa hadapan.

Apakah itu Yayasan Kanser Kulit?

Sejak penubuhannya pada 1979, Yayasan Kanser Kulit berusaha keras untuk memperkasakan orang ramai untuk mengambil pendekatan proaktif terhadap pelindung matahari harian serta pengesanan awal dan rawatan kanser kulit.

Misi Yayasan ialah mengurangkan insiden kanser kulit melalui pendidikan dan penyelidikan awam dan profesional – termasuk membantu pengguna memilih pelindung matahari melalui Seal of Recommendation.

Meterai itu Penting!

Yayasan Kanser Kulit memberikan Seal of Recommendation kepada produk yang memenuhi atau melebihi standard Yayasan untuk pelindung matahari yang selamat dan berkesan.

Simbol yang dipercayai dan diiktiraf di seluruh dunia, penganugerahan meterai ini diawasi oleh ahli fotobiologi terkenal yang pakar dalam kajian interaksi radiasi ultraungu dan kulit.

Seal of Recommendation ialah alat pendidikan awam yang penting dalam menentang kanser kulit dan kami sentiasa gembira apabila produk baharu memenuhi kriteria kami untuk dimasukkan dalam program,” kata Dan Latore, pengarah eksekutif Yayasan Kanser Kulit. Matlamat Seal of Recommendation ialah untuk membantu pelanggan memilih produk pelindung matahari yang selamat dan berkesan; sesuai dengan keperluan penjagaan kulit serta gaya hidup mereka. Oleh itu, memiliki himpunan produk dalam program adalah kritikal kepada kami dan orang yang kami berikan khidmat.”

Lima produk penjagaan ARTISTRY™ yang mendapat Seal of Recommendation daripada Yayasan Kanser Kulit di bawah 2 kategori, ‘Kegunaan Harian’ dan ‘Aktif’:

Seal Of Recommendation – Kegunaan Harian

Untuk pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 15 atau lebih tinggi yang melindungi anda daripada pendedahan matahari untuk tempoh masa yang singkat seperti berjalan ke atau dari kereta, berjalan ke tempat kerja atau melakukan tugasan.

Seal Of Recommendation – Aktif

Untuk pelindung matahari spektrum luas dengan SPF 30 atau lebih tinggi yang melindungi anda daripada pendedahan matahari berpanjangan seperti berseronok di pantai atau taman serta kerja luar.

ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Multi-Defense UV Protect SPF 50+/PA++++

Ketahui lebih lanjut mengenai Yayasan Kanser Kulit di sini.

Belilah produk penjagaan kulit ARTISTRY yang disyorkan di sini.