Floating Icon
27 MAY 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 2569 LIHAT 101 BERKONGSI

7 Manfaat Mengagumkan Teh Hijau

Green tea has plenty of health benefits.jpg

Matcha, Sencha atau Teh Hijau – walau apa pun nama yang anda panggil, teh hijau telah lama diiktiraf kerana manfaatnya yang tidak dapat dinafikan lagi.

Teh hijau adalah salah satu minuman paling sihat yang anda boleh minum dan sarat dengan sebatian bermanfaat seperti antioksidan dan asid amino. Malah, dalam “Book of Tea” Cina kuno oleh seorang pendeta Zen, teh hijau terkenal dengan manfaatnya untuk otak, jantung, ginjal, hati dan paru-paru.

Jika anda berbelah bagi tentang menambah teh yang enak dan sihat ini ke dalam pantri anda, lihat lebih dekat kerana ini adalah manfaat kesihatan yang boleh anda peroleh daripada minum teh hijau.


1. Menambah baik Fungsi Otak

Drinking green tea helps improve brain functions.jpg

Teh hijau mengandungi kafein yang merangsang dan menambah baik pelbagai aspek fungsi otak seperti emosi, ingatan dan masa tindak balas.


2. Menurunkan Risiko Kanser

Ya, memang benar! Pengambilan teh hijau telah dikaitkan dengan pengurangan ketara risiko kanser seperti paru-paru, kolorektum, hati dan perut. Walaupun teh hijau tidak menyembuhkan kanser, pengambilam antioksidan berkuasa daripada teh hijau dalam jangka panjang melindungi daripada kerosakan sel di samping menguatkan sistem imun tubuh.


3. Menggalakkan Santaian

Asid amino yang paling banyak dalam teh hijau ialah theanine yang juga memberikan teh hijau rasa yang unik. Theanine membantu meningkatkan gelombang otak alfa yang dikaitkan dengan keadaan mental yang santai selepas melakukan meditasi atau rehat mendalam.


4. Membantu Penurunan Berat Badan

Drinking green tea helps with weight loss.jpg

Teh hijau penuh dengan antioksidan dan fitonutrien bermanfaat. Yang paling penting ialah Epigallocatechin Gallate (EGCG), polifenol dengan kesan antiobesiti yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan merangsang metabolisme anda.

Malangnya, tubuh sukar menyerap polifenol seperti EGCG. Jadi, selalunya polifenol ini disingkirkan daripada tubuh, dengan itu mengurangkan manfaat yang dialami.

Untuk memastikan anda mendapat manfaat EGCG sepenuhnya, penting untuk mencari sumber yang menggunakan teknologi yang dipanggil Green Select® Phytosome®. Green Select® Phytosome® boleh membantu tubuh anda menyerap ECG dengan lebih mudah. Teknologi ini menggunakan kompleks semula jadi yang kecil untuk mengikat EGCG supaya lebih biotersedia (mudah didapati) dan membolehkan tubuh anda menyerapnya secara optimum*.

*Satu kajian klinikal yang melibatkan 12 subjek lelaki menunjukkan peningkatan paras serum EGCG selepas memberikan 400 mg EGCG dalam penyediaan Phytosome berbanding dengan penyediaan bukan Phytosome. Kajian klinikal lain yang melibatkan ekstrak botani yang berbeza dalam persediaan fosfolipid menunjukkan hasil yang serupa.


5. Membakar Lemak Tubuh Anda

Tambahan pula, EGCG juga meningkatkan kadar pembakaran lemak dengan merangsang kesan hormon pembakar lemak. Norepinefrin, sejenis hormon pembakar lemak membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita dan membebaskan tenaga daripada lemak ke dalam aliran darah. Antioksidan dalam teh hijau menjadikan norepinefrin lebih berkesan, menjadikannya makanan pembakar lemak yang sempurna (atau sebenarnya diminum) untuk diri anda yang lebih langsing!

Nasihat kesihatan: Anda disyorkan untuk bertanya kepada doktor tentang dos EGCG yang sesuai diambil dalam sehari. Kesan buruk mungkin berlaku jika mengambil jumlah EGCG yang tidak sesuai.


6. Mengawal atur Gula Darah

Drinking green tea helps regular blood sugar levels.jpg

Sekarang anda mungkin tertanya-tanya, apakah kaitan gula darah saya dengan penurunan berat badan?

Peningkatan gula darah boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan keinginan makan snek yang tidak sihat. Antioksidan dalam teh hijau mengehadkan penyerapan karbohidrat selepas makan, seterusnya menambah baik metabolisme dan memberikan lebih banyak kawalan untuk berkata “Tidak!” pada keinginan gula.


7. Menyasarkan Lemak Tubuh Berbahaya: Lemak Perut!

Walaupun lemak perut ialah lemak yang paling degil untuk disingkirkan, ia juga lemak yang paling berbahaya. Jumlah lemak perut atau lemak viseral yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan risiko menghidap penyakit seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung

Kajian menunjukkan bahawa fitonutrien EGCG boleh membantu menyasarkan dan memecahkan lemak viseral yang terletak jauh di dalam tubuh kita, seterusnya memastikan kita bukan sahaja kelihatan lebih langsing di luar tetapi juga lebih sihat di dalam.


Sukakan Khasiat Teh Hijau Ini? Nantikan Suplemen Baru Teh Hijau Penghapus Lemak Nutrilite Bulan Depan!

Nasihat kesihatan: Suplemen diet ini boleh menjadi tambahan yang berharga dalam program senaman dan diet yang sihat untuk mencapai penurunan berat badan yang sihat dan mampan dan/atau untuk mencapai kesihatan optimum. Hasilnya mungkin berbeza-beza mengikut individu bergantung pada gaya hidup dan keadaan kesihatan.


Rujukan