Sebelum ini, kita telah membincangkan tentang cara Kesihatan yang Baik Bermula Daripada Usus Anda dan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey dan Penyelesaian GUTPROtein yang menyokong kesihatan usus anda.
Hari ini, mari kita bincangkan tentang jus iaitu komponen utama program ini.
Jus adalah salah satu komponen yang disyorkan bagi Program Set Semula Usus BodyKey untuk membantu dalam memperkenalkan pelbagai jenis nutrien terus ke dalam badan. Dengan mengisar buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen, peserta boleh meningkatkan mikrobiom usus mereka, menyokong penyahtoksikan dan menikmati perasaan yang segar dan bertenaga dari dalam. Apabila digandingkan dengan Minuman Kocak GUTPROtein yang membekalkan protein dan probiotik untuk menguatkan lapisan usus, jus menjadi lebih berkesan dalam menggalakkan kesihatan usus.
Jus dan GUTPROTein menawarkan manfaat unik kepada anda, mewujudkan gabungan berkuasa untuk mencapai kesihatan usus yang optimum. Jus juga membekalkan badan anda dengan vitamin, mineral da antioksidan yang mudah diserap, malah memberikan sistem penghadaman masa untuk berehat sementara masih membekalkan mikronutrien yang penting. Bahan seperti sayur-sayuran yang kaya serat dan buah-buahan yang merangsang usus bersama-sama suplemen seperti Nutrilite Mixed Fiber Powder atau Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics, membantu menyuburkan flora usus dan menyokong penghadaman semula jadi.
Manakala, Minuman Kocak GUTPROTEIN Nutrilite menawarkan makronutrien terutamanya protein dan probiotik yang dapat menguatkan lapisan usus dan mengimbangkan mikrobiom. Protein juga penting untuk pembaikan sel dan membantu dalam mengukuhkan perintang usus sambil menghalang bakteria berbahaya. Probiotik dalam GUTPROtein memperkenalkan bakteria bermanfaat yang menggalakkan keseimbangan mikrobiom, meningkatkan imuniti dan menambah baik penghadaman serta mengurangkan keradangan.
Anda boleh menggabungkan bahan jus dengan Minuman Kocak GUTPROtein Nutrilite untuk adunan nutrien komprehensif supaya dapat menyuburkan badan. Ini akan mencipta pendekatan holistik untuk kesihatan penghadaman dan kesejahteraan keseluruhan.
Resipi ini dicipta untuk menangani keperluan kesihatan khusus, daripada penyahtoksikan kepada kesihatan jantung, dan setiap satu menawarkan manfaat unik kepada badan. Berikut adalah cara setiap set bahan bertindak untuk menyokong kesihatan anda:
Bahan-bahan:
- 1 cawan Daun Keledek (dicelur)
- 2 batang Baby Bok Choy (dicelur)
- 1 biji Pir Asia (dibuang biji)
- 10 biji Badam
- 1 pek batang Nutrilite Mixed Fiber Powder
- 1 pek batang Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics
- 250ml Air Sejuk
Daun keledek kaya dengan antioksidan dan serat, yang membantu untuk mengekalkan kesihatan lapisan usus. Manakala baby bok choy kaya dengan serat yang dapat membantu penghadaman dan mengurangkan perut kembung. Pir Asia pula menawarkan sumber serat yang baik, menyokong kesihatan penghadaman dan menstabilkan gula darah. Badam dapat menyumbang kepada lemak dan protein sihat, menawarkan tenaga yang seimbang dan menggalakkan penghadaman yang lebih baik.
Bahan-bahan:
Keledek Jingga atau Kuning (½ biji bersaiz sederhana, dikukus dengan kulit)
Baby Bok Choy x3 (dicelur)
Oren x1 (isi)
Limau nipis x1, diambil jus
Halia (1 inci, dibuang kulit)
Nutrilite Mixed Fiber Powder (1x paket)
Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics (1x paket)
250ml Air Sejuk
Pilihan: Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (2 skup)
Manfaat: Keledek kaya dengan serat dan beta karotena yang dapat menggalakkan saluran penghadaman yang sihat. Bok choy pula membekalkan kalsium dan magnesium yang dapat menyokong penghadaman dan metabolisme. Oren membekalkan vitamin C, manakala limau nipis dan halia bertindak untuk melegakan sistem penghadaman, menjadikannya jus yang sempurna untuk sokongan penghadaman.
Bahan-bahan:
Bayam (1 cawan mentah, celurkan sebelum mengisar)
Timun x1
Tembikai susu (1 cawan, ketulan)
Limau nipis x1, diambil jus
Nutrilite Mixed Fiber Powder (1x paket)
Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics (1x paket)
250ml Air Sejuk
Pilihan: Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (2 skup)
Manfaat: Bayam kaya dengan vitamin A, C dan K, yang dapat menyokong imuniti dan kesihatan kulit. Timun menghidrat dan membantu dalam mengurangkan keradangan, manakala tembikai susu memberikan rasa manis semula jadi dan potasium pula untuk kesihatan jantung. Jus ini menghidrat dan menyegarkan, ideal untuk melawan keradangan dan menyokong kesejahteraan keseluruhan.
Resipi smoothie dan jus ini menawarkan pelbagai nutrien untuk menangani kebimbangan kesihatan yang berbeza, daripada sokongan jantung kepada keserian kulit. Setiap resipi melengkapkan manfaat Program Set Semula Usus BodyKey dan GUTPROtein, menawarkan pendekatan holistik kepada kesihatan usus dan kesejahteraan keseluruhan. Menggabungkan jus ini bersama-sama minuman kocak GUTPROtein dapat memberikan anda gabungan protein, probiotik dan antioksidan yang berkuasa, menyuburkan usus anda dan menggalakkan mikrobiom yang seimbang.
Jadikan jus dan smoothie ini sebagai sebahagian rutin harian anda untuk menyokong kesihatan penghadaman anda, meningkatkan tenaga dan mengekalkan kulit wajah yang berseri-seri dari dalam. Nikmati hasil percubaan pelbagai gabungan dan sesuaikan bahan-bahan untuk memenuhi keperluan kesihatan anda yang unik!